Monday, 30 April 2012

Pangsapuri Melor, seksyen 5 bangi







Selepas meeting, sempat aku tengok pangsapuri yang nak buat kat bangi, pangsapuri Melor, JV PKNS dan Company VCS..bukak dalam 756 sqft. rega dalam 110 k. Menarik gak ni..kat tepi sungai. seksyen 5, bangi. leasehold. bilik 3 dan 2 bilik air..ada 5 tingkat kalau tengok gambar tu..ada 400 unit...ish nak amik kerrr? aku bincang dengan bini, tapi dia kata kena tengok dulu sebab budget pun nak kira gak..dalam 700 sebulan tu..sewa boleh cover keee? Ish rumah sekarang ni dah mahal sangat..

So sesape nak tengok boleh datang kat sana. jalan masuk dekat dengan pusat perabot bangi berhampiran dengan stesyen bas kajang.  ada pejabat jualan nak bukak kat atas kedai mamak berhampiran projek tu..bini aku cakap dekat dengan taman tenaga...situ pun banyak kosong..entahlah aku tak habis survey lagi...

Sekian laporan dari aku...hehehe

Oblong sedap



Aku lapar tadi...rasanya malas nak masak, so aku start motor nak cari pemakan...lapar...aku jumpa gerai jual burger. tapi sayangnya burger dah habis so yang tinggal hot dog dan oblong. So terus aku mintak oblong daging lembu...ada oblong daging lembu dan ayam tapi aku teringin nak makan yang daging lembu punya.

Gerai burger ni terletak depan CIMB datok Keramat, sebelah Shell Dato Keramat kat penang..selama ni memang aku beli burger kat mamat dua orang ni..dan memang tak pernah mengecewakan aku. dengan pakej lengkap daging oblong dimasak dan direndam dengan kuahnya..lepas tu dibalut dengan telur lagi membuatkan aku kenyang... Unik sikit sebab asyik makan  burger..kali ni oblong plak..

Berniaga burger ni aku raspek sebab aku yakin memang untung banyak..Pernah kawan aku citer sales dia satu hari RM 3000 satu malam.. Fuyoooo.kalah gaji aku sebulan dengan sales dia satu hari...Citenya satu malam jam 2.00 pagi sewaktu dia naik motor   ( low profile dia ) dia langgar lampu merah kat traffik light..tak lama kemudian Polis peronda pun kejar dia. Polis tanya kenapa langgar lampu merah. Dia cite dia bawak duit 3000. Dan dia sorang jer kat traffik light  tu. takder kenderaan lain. takut kena katok or rompak dia, dia pun cepat-cepat belahhh. So Polis pun lepaskan sebab yakin dia cakap sebab dia niaga burger yang memang ramai orang. dari situ aku tahu sales dia 3000 sehari. So moralnya rezeki ni, kalau kita berusaha insyallah akan datang. itu jerrr.

balik asal , memang oblong ni sedap...kot brader ni ada baca blog aku boleh kot blanja aku oblong..hahaha

Oklah..bye...

Sunday, 29 April 2012

Penat...

Salam,

Khamis 26 April aku dah gerak ke Key Ell..biasalah mesyuarat lagi pasal latihan plak...Minggu ni jer aku dah 2 kali travelling ke KL. Memenuhi tuntutan tugasan..Metingnya Jumaat pagi so kena gerak awal..

Dalam meting tak banyak info yang aku dapat sebab tak relate dengan aku sangat..banyak kepada pihak berkuasa negeri...selesai jer mesyuarat jam 12 tengahari cepat-cepat aku blah dari KL..aku tak mau sangkut dalam jem...28 ada perhimpunan kat KL so dah tentu 27 lagi dah sibuk macam-macam...so sebelum  sangkut aku dah cakap dengan pemandu kita kena keluar segera sebelum seksa dalam jem.


Then, 28 tengahri plak ada majlis perkahwinan anak pegawai atasan aku kat Bangi...aduh letih lerrr  hadir. tapi mimikirkan dan sampai aku layan jerrrr.lagipun semua pegawai atasan ada...so aku just tunjukan muka sahaja. Selesai jer majlis terus aku cabut balik Penang...memula aku cuak sebab ada Perhimpunan ni...so dari bangi nak ikut mana? Aku gamble jer ikut tol sg besi terus ke  Istana lama...nasiblahh. Alhamdulilah selamat. sebaik sahaja lepas tol duta, pemandu terus tekan minyak balik..

So bulan May akan datang aku sibuk...Kem aku ada latihan bersama dengan PTD plakkk..Then 13-15 aku kena ke bangkok sebab ada seminar dan pada masa yang sama adik aku kahwin pulak pada 11-13 Mei..so mana nak layan...jem aku dibuatnya..ish nak jer aku tolak sebab agak tergopoh gapah..ni yang aku tak suka...mana bini aku nak due lagi...so kena setting awal.




Perhimpunan ni yang buat aku takut jem pada 28 April 2012


Borang sambung belajar dah submit ke sumber aku..tak tahulah aper citer...kalau lepas, alhamdulilah kalau tak kena ada plan B.  Sememangnya aku dah downgrade moral setelah kena pindah tempat yang aku kurang berkenan...nak dapat feel lambatt..tu yang apply..tengok camna.. tapi aku rasa pasal aku tak minat nak keje kat sini dah mula menular ke ibupejabat..sebab semua staf tanya, camna tempat baru...hahaha.So pihak atasan musti hantar aku sambung belajar...sebab aku ada ke, takda keee...tempat tu boleh jalan.

Borang taksiran cukai pun dah hantar, tapi BINI aku hantar..phewww.sebab aku bukan tahu sangat nak isi...so dah lepas satu perkara..


Oklah. Jumpa lagiii






Tuesday, 24 April 2012

cantiknya ikan pari ni....









Salam...


aku baru balik dari  bangi...pagi ader meeting..then tengahari hantar proposal aku nak sambung blaja kat UPM...waktu aku anta tadi, rerupanya aku orang no 2. Klik aku dah antar rupanya...tapi dia mintak sambung blaja kat UK. United Kingdom maaaa.bukan Ulu Kelang.

nampaknya aku kot kena compete sebab selalunya ketua jabatan takkan lepas sekali gus 2 orang...ni yang aku cuak..tapi pikir balik..kalau ader rejeki adalahhh.kalau takda rejeki pun, mungkin kat tempat lain. Semua orang ada planning..tak dapat plan A, ada plan B. Kantoi gak  ada plan C. Yang nyata aku nak buat aku apa yang aku suka selagi tak salah..

Sempat tengok senarai pegawai yang dah tamat dan sedang sambung...ramai rupanya...tetiba aku jadik kecik sangat sebab ramai juga sokongan yang sama level education..mereka dah gerak awal sambung dulu, so sekarang tengah tunggu rejeki jika kekosongan kat tempat aku or tempat lain...

aku jumpa gambar pari ni...mak aih banyaknya dan cantik...ni kalau dapat kat mak aku abis di asam pedaskan..hehehe.tapi boleh makan ka?..boleh kot selagi ianya ikan dan tak idup 2 alam..
Ikan pari ni kalau kecik sedap, tapi bila dah besar agak kureng sikit

Ok...

Monday, 23 April 2012

Rezeki....



kalau kita keje dengan gaji 1000, bagi perkhidmatan kita dengan nilai 2000. Dengan harapan, lebihan keje kita dibukakan dengan rezeki lain.

Jika kita keje gaji 2000 tapi nilai keje kita hanya 1000, Tuhan akan tarik dengan musibah.

Inilah yang aku dengar lebih kurang....maknanya kalau kita keje, bagilah lebihan...Insyaallah kita dibukakan dengan rezeki lain...yerlah..macam aku , keje lebih masa contohnya Hari Sabtu dan Ahad, kekadang mesyuarat atau kursus sampai larut malam...tapi tak leh claim keje lebih masa. So aku tetapkan ianya merupakan sebagai tanggungjawab dan menganggap ianya sebagai sedekah jerlahhh sebab aku bersyukur dengan kerja aku sekarang..walaupun aku bebel gak tapi secara ikhlas aku minat kerja aku ni...jadi aku tak kisah...Bayangkan aku kena nyelam dalam laut pada hari sabtu dan ahad tanpa claim.Tu baru satu, banyak lagiiii...

Kita kerja pun kekadang ada yang terlalai waktu kerja..jadi aku anggap lebihan kerja aku tu sebagai ganti jika ada waktu kerja hakiki aku terlalai..manalah kita tahukannn. So itulah selalu aku terapkan pada diri aku.


Jadi aku anggap sebagai khidmat ikhlas kerana nature kerja aku banyak bantu orang awam...
dan sekarang life aku rasanya taklah menyusahkan. kekadang ada rejeki lebih..famili aku pun ok..dan aku bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang... harapnya berterusan...

So moralnya...banyakkan memberi....jika tak dapat wang ringgit dari segi tenaga pun boleh...bermacam-macam boleh. Yang penting niat kita...ikhlas untuk membantu..


Oklah...bye.

Saturday, 21 April 2012

Sambung belajar...




Bertungkus lumus ari ni menyiapkan borang mohon sambung belajar..yer...aku tengah mohon.kalau dapat, oklahhh.kalau tak dapat ambik part time jerlah...

Sesuai dengan keje aku, terlibat dengan bencana, aku pun amik kursus tu gakk...ini supaya aku selari dengan minat aku...dengan masa 2 tahun habis ( insyaalah ) aku harap jabatan aku lepaskan...bukan apa, aku takut politik dalaman sebab aku dah kena BLACKLIST. kalau diaorang tak suka, patut lepaskan akulahhh..2 tahun aku tak nampak muka diaorang...

harapnya niat baik aku dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Friday, 20 April 2012

Meeting lagiiii

Salam semua...

Aduhai..dapat Telegram td ( e-mail ). Kena meeting lagi dekat ibupejabat plak pada 24 April.Waduhhhh jenuh meeting ni...tapi AKU SUKA...bukan apa, ader benda aku nak buat...so sambil nyelam sambil minum air..tu yang aku suka.awal-awal aku booked laaaaa.

Potential nak sambung blaja lerrr. Aku tengah mohon tapi kena jumpa dengan penyelia universiti.ape kebende nak buat..tu yang amik peluang...lagipun sampai bila aku nak duk stay sini..banyak potensi dalam diri kita tak dikeluarkan..so sambung belajar lerrr.




Cadangnya nak amik yang ada related dengan keje aku..supaya aku dapat fokus dengan belajar. lagipun aku lihat seangkatan aku banyak yang tak amik lagi so aku amik langkah dulu..sebab macam ada arahan tersirat supaya semua staf kena amik advance degree. sekarang ni degree holder banyak sangat. tu yang cadang amik tu...

Oklah..ngantuk..


salam

Kete baru Preve.....





Sekarang aku pakai kete Persona ( cam kat atas ). Sejibik....Dan tadi aku tengok payslip...ishhh naik ni...dah terpikir nak tukar kete plak. Kete atas aku amik tahun 2007. Masa nak kahwin dulu..., bujang dulu aku tak pakai kete. Just pkai moto jerrrr. Tapi aku tangkap umah duluk wehhh.




Hutang kete ni  ada 28k...lagipun anak nak masuk 3 orang. macam tak muat dahhh.Banyak wooo barang budak-budak ni...  Tu yang tegerak nak transform tukar kete ni..hehehe



Cadangnya nak pakai ni...





terbaru dan terpanas dari ladang...malangnya setelah aku periksa...1.6 cc gak macam persona. tapi boot dia luas..dan banyak aplikasi moden...tapi hutang dalam 75k...ishhhh. tambah tahun lagi...saiznya lebih kurang gakkk.


ishhh kena buar pro and con gakkk. berbaloi-baloi tak?..aku penah sembang dengan taukeh used car. Mostly chinese pakai kete 5 tahun jerr. Then tukar lain sebab susut nilai tinggi sangat kete malaysia ni.Ishhh.


Apa-apa hal bincang dengan bini aku dulu. Pengurusan kewangan camna? Boleh maintain tak? Percaya tak  Persona aku walaupun nak dekat 5 tahun (2007-2012) hanya mencatatkan milage 62k sahaja. Tiada masalah pun...semua ok.aku just tukar minyak hitam, filter, brake pad dan plug...Tayar kena gantilah sebab dah merekah.lama tak jalan. bateri sampai sekarang maintain pakai lagi...

Sebabnya aku jarang bawak kete sebab nature kerja aku ofis depan rumah.pastu banyak meeting kat luar...so kete jarang jalan...tu jerrrr. kalau ke kedai beli barang aku bawak motor sahaja sebab jem kat luar tu...


Bagi akulah...kete proton ni ok cuma jangan lasak sangat...cara pemanduan tu penting..kalau kita lanyak apa kete jerrr pun jahanam..macam toyota unit aku..lanyak gila-gila ( sebab ramai pakai ) sekali servis macam-macam kena.makan ribu wooo.Pemandu plak macam-macam jenis..tu yang masalah. Cara pemanduan....


Oklah..sat ni aku bincang dengan bini aku...kalau ok mungkin tukar kete kot.,....mungkin Proton boleh sponsor kaaa hehehe



Salam.











Thursday, 19 April 2012

All Terrain Vehicle ( ATV )





Ha...ini kenderaan yang aku cari nak ulang alik keje. amacam?  motor ni aku jumpa kat kg aku tempoh hari...tapi tak laju sangat. slow ...bila aku nak sampai umah aku jika laju gini..

Kalau ada 10 ekar sawit mau aku beli kenderaan ni sebab nak round-round. Rega? Aku dengar dalam 6k jerrr. Tapi maintenance tah lerrrr.

Aku sekarang tengah berbelah bagi nak beli kenderaan apa untuk ulang alik keje...buat aku buntu sebab banyak gak pilihan...tapi paling praktikal selagi jimat minyak sebab aku agak rigid dengan kos. menjak aku masuk pengurusan kewangan ni agak kedekut. tapi bini aku sound isap rokok boleh plakkkk...Pheh ayat tajam...aku cuba rentikan rokok tapi fail jerlahhh.


Aku agak tension dengan keje sebab aku tak minat. training bukan syok sangat sebab ilmu aku tak mencukupi tetapi ianya agak drastik bila atasan letak aku bahagian training. tah lerrrr. sampai bila bertahan.



Oklah...adios..



Tuesday, 17 April 2012

tanya loan..

salam,


tadi aku tanya bank, tanya margin of finance bagi rumah yang aku nak tu..HSBC, RHB Islamic, Muamalat dan BSN..aduhai semua below dari harga yang diletakkan oleh seller..aduhai...mana aku nak cari financier rumah ni..aku dah mula give up..banyak nak top up.  aku jadi slow..

So mungkin aku terpaksa untuk tolak rumah tu..sebab banyak nak top up. Lagipun aku bukan terdesak sangat. Aku just nak tambah asset rumah jerrrr. Lagipun aku rasa cukuplah apa yang ada. Bulan 6 ni insyallah bertambah lagi sorang ahli keluarga aku.so kena pakai duit banyak.


Hidup ni kena ada perancangan kewangan. Ini supaya selari matlamat kita, yang mana kebanyakan nya adalah financial freedom. Bebas hutang. tetapi dengan keadaan sekarang banyak perkara mengenai kewangan kita perlu berhutang. Lebih-lebih lagi yang baru menapak macam aku.Yang penting jika kita tahu mengenai kaedah kewangan insyaalah kita akan berjaya tetapi perlu dengan usaha. Usaha untuk ilmu mengenai kewangan. itu penting

hari ni meeting, tah aper angin aku dengan second bos aku macam bertegang urat dengan dia...sih takda niat pun. Just memberikan kebenaran apa yang aku tahu itu jerrrr. aghhh blacklist aku. nasiblah.kalau dia profesional dia boleh terima accept kalau tidak dia akan dendam kot. tah lerrr. tengoklah apa jadi lepas ni....


Ngantuk wehhhh...bye


Monday, 16 April 2012

Survey rumah



Sementara metting kat serdang ni, aku survey rumah berdekatan. sajerrrr. test kot jumpa rumah murah kat sini. Jumpa apartment. harga 120k. Luas 860 sqft...Phew.tanya bini ok kaaaaaa? dia ni ok jerrr sebab  pakai nama dia. lgpun mungkin bulanan dalam 550 jerrr.

Aku ni mana tahu pasal rumah...sajer jer survey sebab ramai cakap sewa sini ok. So aku pun rasa boleh kot invest. bak kata orang jangan bagi duit kita dormant. Betul ka?...huhuuhu. So aku rasa boleh kot..apa-apa hal tanya bini dulu sebab kewangan kitaorang walaupun ok tapi kena tengok gak sebab tak tahu kehidupan akan mendatang. kot susah ka...senang ka...yang penting kena ikut suit badan dulu. Kot tak terdaya janganlahhh.sampai rasa susahkan diri.

Lagipun mostly student UPM, UPNM ( STAF ) dan TNB banyak kat sini, mungkin diaorang minat kot nak sewa. Sekarang ada orang sewa tapi tak dapat cover bulanan payment bank owner lama...huhuhu. Takperlahhhh aku survey lagi kot sebab kitaorang bukan terdesak pun. Just sajer test powerrrrr. Ada ka orang gini...aku lerrrrr.

So setakat ni aku sentiasa dapat update blog aku. aku akan cuba update setiap hari dalam mencapai impian aku...aper yerrr?









Sunday, 15 April 2012

Dah sampai bangi



Fooh....letih aku hari ni...pergerakan dari Penang ke bangi dengan kete memang memenatkan. Rasanya nak tukar cara transport lak..mau aku cakap nak naik "belon" lepas ni....

Tadi aku bual dengan pemandu aku. ..wah dia pun dah ada tanah nak buat rumah gakkk.ish lagi advance dari aku..sebab dia dah ada. bandingkan ngan aku yang belum ada lagi...pemandu pun dah ada tanah untuk bertapak...

Tapi bak kata ingatan investor lain. jangan tergopoh-gapah. Kita tengok orang lain dah ada, kita pun nak ada...tapi kita takda kemampuan. So kena suit dgn badan dulu. gaji cukup tak? tanggungan ? belanja lain? Inflasi lain? kekangan yang ada...jangan sampai kehidupan kita terganggu sebab nak mencapai apa yang orang dah ada..So aku kena kaji balik planning aku..,..Sebab banyak nak kena review ( sama jer kaji dan review ).

So sekarang masa ujntuk mengkaji. lagipun dengan keadaan sekarang  banyak petunjuk ekonomi yang kurang memberangsangkan untuk melabur...



Adios tidur dulu..esok pagi tah apa nak kena dalam meeting. harapnya semua dalam keadaan baik.



Tanah lagi...




Salam,

Sebelum aku bertolak ke KL jap lagi, aku update kejap blog aku...Ni tanah satu lagi satu tengok. kat muar gak. rega dalam 60k se ekar. Kosong. ish perlu ke beli ni? Lagipun harga tanah sekarang banyak naik mendadak. aku dah pantau dari tahun 2006 tak turun-turun.mungkin demand banyak.

Aku selalu rujuk mindahartawan.com. sebab dia selalu ajar pasal pemilihan tanah, beli, usahakan dan macam-macam lagi...investment terbaik selain dari rumah...sekarang tak tahu lagi nak beli or taknak...tengah bincang dengan bini. Kena tengok dari macam-macam sudut.

jap lagi aku ke KL. Meeting plak esok pagi. tu yang tak larat...tapi dah keje gini. bini aku dah nak bersalin.tu yang aku agak cuak nak tinggalkan...



Adios...




Saturday, 14 April 2012

Tanah untuk dijual...




Bulan lepas dapat aku tengok tanah yang untuk dijual kat johor...3.75 ekar untuk 160k, Phew..dah ada sawit so tinggal nak tuai jerrr. Tanah merah..


Tapi aku tak jadi amik sebab hasilnya kurang, just tanah merah ( owner kata boleh jual )..tapi tak cukup untuk cover bulanan bayar kat bank. at last tak jadik gak sebab tak berbaloi. mana nak dapat hasil lagi.

Tujuan aku beli tanah sebab takda tempat aku nak invest. nak main saham tak tahu. Emas, ilmu kurang lagi. rumah aku dah ada sebijik so cuba layan tanah..ianya akan sentiasa meningkat...


So aku cuba la risik-risik tanah...tapi aku yakin sangat sebab dah banyak contoh tanah memang berbaloi-baloi bila beli. tengok umah sudahlahhhh

Jika ada yang berminat boleh amik tanah atas. Just hubungi aku.tanah terletak kat Ledang Johor...tak tahulah sekarang dah ada orang amik ke belum. contact aku dengan e-mail kat atas.

Ok..nak melabur kena ada ilmu. jangan main terjah.



motor untuk jarak jauh.....




Hohoho...sejak aku kena transfer jauh rasanya kena amik moto gak nak jimat budget..tempat keja aku ulang alik dalam 160km tu...jauh bangat. so aku pun risik-risik motor yang sesuai, budget, maintainance dan macam-macam.

at last aku rasa berkenan dengan LC 135 ni..aku survey sampai Alor setaq survey harga..wooo murah. untuk 5 clucth rega baru 6940 otr.. lagi murah dari butterworth. Penang secara pukul ratanya semua 7 k keatas...

tapi bini aku dah pesan sat ni bersalin, kete kancil dia tak saper pakai. pakai jerlahhh. sekarang baik simpan duit...dah terpikir balik.

Sekarang aku ulang alik harian memang tak larat tapi berapa kali aku masuk ofis boleh kira sebab banyak keje luar, lagi pun memang aku jarang keje dalam ofis.

well tengah fikir balik. dengan saiz badan aku ramai cakap baik amik FZ, tapi aku tak minat sebab tadak bakul dan aku tak suka bawak motor clucth kat tempat sesak...

ish mana yang sesuai..



Friday, 13 April 2012

Cuti-cuti..



Cuti lagi aku hari ni...Bini aku keje.so tinggal aku dgn anak aku. Phew...aku hantar anak aku kejap kat baby sitter then pg jumaat plak.singgah jap kat celcom sebab nak upgrade simcard sebab dah corupt...Itu jerlah aktiviti aku menjak cuti aku tak selari dgn bini aku. cam biasa penang cuti hari Sabtu dan Ahad tapi aku keje kat Kedah yang cutinya Jumaat dan Sabtu. Ahad kena keje. Tu yang bosan sikit. kekadang aku bawak gak anak dan bini aku ke tempat keje sebab nak lepak dengan famili ...

Tadi dapat call dengan ibupejabat. Isnin 16 April pagi sampai petang ada meting kat ibupejabat. Wei...apa ni...ahad dah nak gerak..Hilang masa bersama dengan keluarga lagi..apalerlah nak jadi dgn aku yang keje tak menentu ni....tapi dah ini yang aku nak...

Ini yang buat aku nak keje sendiri..


hehehe


Thursday, 12 April 2012

Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS




Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu.
 
Ada orang yang telah menembak kereta aku!!
Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.
“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”.
Apa yang menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya.
Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang. Dan sekarang baru saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari “HOME”…..
Share sbg alert kpd teman yang ada GPS.



Aku dapat e-mail ni dari kawan aku..aku memang letak dalam kete. aduh...GPS pun kena sorok gak lahhh ni...tapi tulah..just jaga-jaga jerrrr.

Wednesday, 11 April 2012

Gempa bumi acheh

Salam semua,


hari ni aku cuti....huhuuh. Aku cuti pun sebab dah lama tak cuti dan nak releks. semalam gempa bumi kat aceh. Havoc gak kat penang ni rupanya..seperti mana yang kita sedia maklum ianya telah menjadi trauma susulan kes Tsunami 2004 yang mana takut berulang lagi. Lebih-lebih lagi bagi area yang pernah kena iaitu Pulau Pinang dan Kedah...

so ari ni aku duk umah jer..layan anak aku. cukup suka dia tengok aku. Bukak jer mata bapak dia kat sebelah..so happy lerrrr. Just bawak dia kat KFC jerlahhhh. ari ni aku dapat jemputan untuk attend DSA 2012. 13th Defence Services Asia ( DSA ). Menarik untuk tambah ilmu aku. apa-apa hal kena tengok jadual aku. ada peluang tak kan aku lepaskan..


Oklah aku nak berblogwalking..tambah ilmu didada

1st posting

salam sejahtera..1st posting dari blog aku.

tujuan aku menulis bukan kerana nama, just sebagai menulis apa yang terbuku dalam hati aku. Aku suka blogwalking tapi aku takda blog sendiri. jadi aku wujudkan blog aku sendiri. at least aku ada tempat untuk luahkan perasaan aku yang terbuku.

Aku tengok semua orang ada blog khusus. cite pasal nak kaya, tanah, saham, agama dan sebagainya. aku rasa blog ni cite pasal aku jerlahhh. Lagipun kalau nak buat blog gtu, aku bukan expert pun.

jadi, sudi-sudilah jenguk blog aku setiap masa. Insyaalah aku akan update senantiasa berdasarkan pengalaman aku. hohoho


adios

rinser