Monday 27 January 2014

Adakah rumah akan mencukupi bagi pasaran di negara kita...



Salam sejahtera,

Diatas menunjukkan gambar bagi menunjukkan kedudukan penawaran rumah bagi pasaran kita.

- rumah yang di bina baru setiap tahun hanya berjumlah 100 000 buah sahaja sedangkan golongan muda yang terdapat di negara kita seramai 6 juta orang.



Harga rumah bagi 2 storeys bagi Kuala Lumpur dah menjangkau  harga Rm 800 000 sebuah dan di Seremban pula harganya Rm 450 000.

Sementara bagi rumah subsale ( terpakai kot ) harganya menjangkau Rm 500 000 sebuah sementara di Seremban pula harganya Rm 250 000.

Phew..semakin meningkat harga rumah sekarang..Cuba bayangkan 10 tahun lagi.. Boleh ada penurunan harga rumah ? Kecuali sesuatu yang buruk terjadi pada negara kita...


Sunday 26 January 2014

Kitaran pelaburan..Dimana kedudukan ekonomi kita sekarang...



Ha..aku jumpa jadual kat atas ni....dekat facebook..Dimana kedudukan ekonomi kita sekarang..Ramai kata yang kita berada di pengakhir " boom" dan dijangka akan memasuki " slow down"...Itu pada pandangan mereka dan aku menyokong juga...Ramai yang kata pasaran saham juga sedang mengalami period " boom' sehingga ramai yang membuat kelas-kelas berbayar atau free pasal saham...pasaran rumah agak slow sebab Cukai hartanah ( RPGT ) membuatkan jualan rumah jadi slow sebab manipulator tengah fikir macam nak counter RPGT ni...

Thursday 23 January 2014

Kenaikan harga barang...

Salam sejahtera..


Nampaknya kenaikan harga barang-barang yang selalu aku guna dah mula merasai kenaikan.. Bulan januari 2014 ni memang terasa. Aku bernasib baik sebab dapat duduk bersama keluarga. Jika aku duduk asing lagi terasa..

1. Bil eletrik aku naik dari tahun lepas..kali ni dah jejak RM 55 sebulan. ( rumah aku tak da aircond dan water heater ).  tetapi penggunaannya tetap sama tapi bilnya naik..

2. Air ..alhamdulilah belum pernah bayar. Semenjak aku duk Selangor ni memang tak pernah bayar air. Mungkin sebab penggunaan yang agak kurang..Bukan aku dan famili aku tak mandi yer...Terima kasih kerajaan negeri Selangor..

3. Minyak petrol untuk motorsikal aku..Tah kenapa dalam 2 hari kena top up. walhal aku hanya ulang alik hantar anak aku ke sekolah dan ke kedai jerr.. Musykil aku..nasib baik aku tak jual motor buruk aku..So aku kerap guna motor lama sebab penggunaan minyak masih lagi kurang. Kena motor aku yang baru tu memang parok lahhh.

4. Pampers anak aku dari harga terdapat kenaikan..Aku perasan memang susah nak tengok rega lama..

5. Barang harian dah mula naik rega..Contohnya biskut yang aku suka makan dah tambah RM 4.00. Perghhh. Belum aku kira yang lain..memang ada kenaikan..


So nak tak nak kita kena hadapi kenaikan barang ni..Kalau tengok FB ada jer rungutan harga barang yang naik..

Apa yang perlu kita buat sebagai pelanggan?..Kurangkan guna dengan harapan harga juga turun sebab dah kurang orang nak beli sebab mahal sangat..ikut aku punya pendapatlahhh..hehehehe




Monday 20 January 2014

Tahun 2014..


Salam sejahtera..

Rasanya tak lambat lagi aku ucapkan "selamat tahun Baru 2014"..Hohoho..tahun yang dikatakan mencabar..Aku rasa tiap tahun mencabar...Cumanya untuk tahun ini diberikan perhatian khusus kerana pelbagai perkara yang buruk dijangkakan berlaku di tahun ini.

Antaranya kos sara hidup semakin meningkat. Dengan hanya kenaikan harga minyak menyebabkan berbagai kos lain meningkat juga. Ramai yang terkejut..Pelbagai analisis di keluarkan menjangkakan keadaan akan bertambah teruk.. Tak pelulah aku ulas kat sini. tapi yang nyatanya barang-barang memang mengalami kenaiikkan harga. Aku yang biasa shopping di pusat beli belah barang dapur menyedari ada kenaikan harga. Yerlah kita ambil barang yang sama tiap bulan dan dapat melihat kenaikan harganya.. Sehingga aku rasa takut sama gaji yang aku terima mencukupi atau tidak.. Dengan anak-anak yang semakin membesar, maka kos-kos lain juga akan meningkat...

Tiada apa yang boleh kita buat. Cuma kena ubah cara hidup dibandingkan dengan tahun-tahun lepas..Potong  belanja mana yang yang kita boleh potong.. Terpaksa buat untuk memastikan perbelanjaan kita mencukupi tiap bulan...