Monday 30 September 2013

C.skinfix..Produk berasaskan ikan haruan untuk menyembuhkan luka-luka..







Salam,

Sementelah aku nak cuba berniaga dengan internet, aku tampilkan produk kesihatan ni pada semua..Testimonial pun ada...

Skinfix,


Cecair semburan berasaskan pati ikan haruan. Hasil usaha kajian penyelidikan pensyarah USM bagi mengubati luka-luka dari berbagai kesan. Contohnya kesan dari luka diabetis, berkhatan dan sebagainya. Seperti kita sedia maklum pati ikan haruan mampu menyembuhkan kesan-kesan luka dengan segera. Cuma ada dari kalangan kita tidak berselera untuk menjamah masakan ikan haruan. tempahlah sekarang sebagai simpanan mahupun hadiah. Ianya telah terbukti berkesan. PM saya ataupun hubungi saya 019-2154619 untuk harga. Cash on delivery bagi kawasan bangi, serdang dan sekitar. Pos pun boleh..Pengedar juga diperlukan..


Ha...sesiapa yang berminat boleh menghubungi aku seperti alamat yang tertera diatas...




Sunday 29 September 2013

Adakah harga rumah dah statik...?



Salam sejahtera,

Sejak menjak ni aku sering buat pemantauan harga rumah sekitar rumah sewa aku. Ini oleh kerana aku ada satu lagi loan rumah yang masih belum sentuh, so aku senantiasa melihat di iklan-iklan jualan rumah sama ada dalam pembinaan dan rumah dah siap. Ramai yang mengadu rumah di Bangi terlalu mahal, jadi aku dah setting benchmark yang mana aku berbaloi untuk beli. Sebab kekadang ada juga rumah yang dijual dibawah harga semasa tetapi oleh kerana terlalu tinggi untuk kelayakan so aku lepaskan begitu sahaja.

Aku ada perasan ada rumah kedai dan rumah kediaman yang dah siap tetapi tidak berpenghuni. Hanya tertampal iklan untuk disewa atau jual dan ada yang dah menjangkau setahun. Tahan ke pembeli yang bercadang nak menjual kembali membayar installment setiap bulan kerana tiada pembeli. Salesman juga pegang rumah tersebut sehingga ada pembeli. Dan juga aku ada perasan rumah yang sewa bulanannya kurang dari jumlah pinjaman bulanan yang dibuat. Selama mana boleh bertahan sebab negatif  flownya. Kalau dah bayaran bulanan sebanyak Rm 2000+ tetapi hanya boleh disewa sebanyak Rm 1400.00..Mungkin pembeli ada taktik lain kot..

Mungkin kebanyakan pembeli sekarang sedang mengambil tindakan tunggu dan lihat sebab terlalu banyak khabar angin berkenaan dengan harga rumah yang akan merudum. Menunggu tahun 2016 dan 2017. Ramai yang menjangka ekonomi akan down berdasarkan cycle 10 tahun sekali akan merudum..Untuk correction dikatakan..

Tetapi pemaju juga mengambil tindakan selamat dengan membuat rumah sedikit- sedikit untuk 2 tingkat. Contohnya hanya 30 buah sahaja dibuat. Bijak mereka ini sebab meraka buat sedikit untuk mengaut keuntungan dengan setiap fasa terdapat kenaikan harga. Jika tidak terjual taklah rugi sangat sebab buat rumah tu pun tak banyak..

Tetapi rumah kos rendah memang aku tak jumpalah kat Bangi.. Jeling-jeling juga bila pusing-pusing kat Bangi tapi langsung takda iklan untuk apartment kos rendah.. Pemaju untung rendah kot..Area Bangi Lama aku tak pasti tapi projek Mah Sing dekat dengan susur keluar tol UKM pun aku tak mampu. Below 1000sqft pun dah lebih 250k.Pergh...


Jadi aku akan terus memantau, disamping meningkatkan modal sedikit-sedikit. Mana tahu jika terjumpa ada rumah yang aku mampu. So aku dah sedia dengan bullet yang ada..




Thursday 26 September 2013

Tanah aku yang masih lagi kosong...



Aku pernah ceritakan pasal tanah aku kat sini . Sampai sekarang  masih tiada lagi projek.Inilah pelaburan aku yang masih lagi dalam keadaan " kosong ". Kesian bini aku yang teruk membayar pinjaman...Baru ni aku dah berhabis nak bersihkan kebun ni..Alhamdulilah jiran tanah aku pun dah bersihkan tanahnya... So aku tengah fikir apa projek aku nak buat..?


Nak tanam sawit, rasanya setakat 1 ekar agak memenatkan nak mengusahakan...Aku pernah cuba trial dan error dengan mengiklankan rumah sewa dan hasilnya cukup mengkagumkan kerana puluhan panggilan aku terima nak sewa..So jelas menunjukkan jika buat rumah untuk disewa memang ada demand..Tetapi tang modal tu agak memeritkan..

Nak jual tanah ni rasa sayang sebab tanah ni dah dekat dengan bandar Muar dan pembangunan semakin menghala ke sini. Lagipun ni jer harta untuk anak-anak aku. Manalah tahu nak buat rumah esok-esok ada jugak tapaknya...

Aku pernah menawarkan untuk projek joint venture buat fertigasi tetapi yang cadang nak buat mensenyapkan diri..gagal lagi.. So sekarang aku akan cuba untuk membuat pelaburan tanam pisang..Sebab demand agak tinggi tapi nak rugi pun tinggi..Tapi kalau tak cuba mana kita tahukan...? Dengan pelaburan kurang seribu ringgit aku rasa agak berbaloi nak mencuba..Yang nak jadi rugi jika ada kecurian dengan hasil pisang tu..Itu yang masalahnya..banyak juga aku dengar kes kecurian hasil pertanian oleh penagih dadah.

Kalau ada yang nak usahakan secara usahasama mungkin aku boleh pertimbangkan jika cadangannya berbaloi untuk diusahakan..

Nanti aku update apa langkah seterusnya...