Wednesday 23 May 2012

Keindahan hening pagi di sungai baling, Kedah.












joging pagi-pagi di Baling sewaktu kerja luar kat sini..Cantik dan belum tercemar...


Kereta Persona aku bersagat....



Kereta aku bersagat selepas terlanggar tiang...Make up habis dalam Rm 370.00..Ini akibatnya gerak jam 3 pagi. nak parking dah tersondol tiang..aduhai

Lawatan Rumah di Kluang untuk dibeli.






Survey rumah kat Kluang..cadangnya nak beli sebab kawasan tanah luas dan dekat dengan hospital Kluang yang baru..rega..memang naiklah sebab ada lebihan tanah..tengah fikir lagiiii.


Hospital Kluang 2011










Monday 14 May 2012

Kedai Sakan di Kluang



Hotel Prime City di Kluang



Pembekal baja di Tangkak


Grik





Versys 650










Baru-baru ni aku anta adik aku ke rumah suami dia...Lantas aku terpandang motor ni kat majlis perkahwinan tu..Fooh...ranggi gak motor versys ni...tak salah aku rega dalam 38k...Aku bisik bini aku...nak motor tu..mencebik jerrr..

Of course maintenance tinggi, tapi kalau dah minat belakang kira...So aku pun ligat fikir camna nak dapatkan motor ni...kena usaha kot...tapi aku banyak tangungan...


Takperlahh nanti aku fikirkan...

Wednesday 9 May 2012

Kereta cantik..






Tadi masa balik kg lalu kat highway dari Muar ke Air Itam. Semasa melalui lebuhraya bertembung dengan kereta  yang sedang diangkut oleh lori. Phewwww..Mantop tu..tapi aku tak tahu jenis kereta..tapi surelah memang cantik...

As usual, hanya mampu jeling jerrrrr..



Rakyat Malaysia masih hidup membujang


2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang


Sumber

Cuba click ;link diatas.

Dikatakan 2.5 juta rakyat malaysia masih membujang...tiadalah pula purata untuk wanita yang belum berkahwin..Phew....

Dengan keadaan ekonomi sekarang ni memang diakui kos untuk berkahwin semakin meningkat...dengan pekerjaan yang sukar mungkin menyebabkan angka ini meningkat...


Apa pendapat anda semua...


Tuesday 8 May 2012

Jalan-jalan di Pulau Pinang



status jabatan kedua Pulau Pinang sekarang

Pulau Jerejak Resort



Rumah mewah di Batu Maung


Salam,

Berikut adalah berberapa gambar yang aku tangkap sewaktu pusing-pusing kat Penang tempoh hari. Semasa lepak kat pantai Seagate nampak panorama Jabatan Kedua Pulau Pinang...Tak lama lagi siaplah tu....

Pulau Jerejak Resort...bilalah aku boleh lepak kat situ bercuti.serius aku tak pernah honeymoon dengan bini aku..manalah nak sempat sebab kerja dan komitment dengan anak-anak kecik.

Rumah mewah kat Batu Maung plak, memang hampir dengan projek jabatan kedua penang tu..berapalah agaknya..aku rasa makan juta gak...sebab 3 tingkat tu..ader ke melayu penang boleh beli....?.








Monday 7 May 2012

Gulai batang pisang




Salam...


Menu tengahri aku kat Baling...Dengan ikan bakar+ kuah asam, gulai batang pisang serta ulam pucuk paku rebus dan betik rebus...aduhai..bertambahlah saiz badan aku yang sedia ada sekarang...,niyang aku cuak sekarang kerana menjak aku jejak umur 30 dah lari BMI aku ni...kerja aku ni menuntut BMI cantek dan pakaian uniform aku dah tentu tak kacak...

Menu atas memang menyelerakan...Lebih-lebih lagi dengan gulai batang pisang..jarang-jarang ada tapi kat baling ni dah biasa..sebab batang pisang ni bukan sebarang boleh masak macam ni..Dengar kata pisang hutan jerrr..

Semenjak aku kena kerja kat kedah, aku tak rasa thrill lagi kerja aku ni..So something kena buat supaya kehadiran aku kat sini dirasai...


Oklahhh


Ngantuk dahhh

Saturday 5 May 2012

Rumah baru di Bayan Lepas







Petang tadi aku jalan-jalan dengan bini dan anak aku ke Bayan Lepas, Pulau Pinang...sajer jer jalan-jalan kat sana...Tengok banyak gak projek rumah baru..harga? Memang di akui di luar kelayakan aku...lagipun rumah di Pulau Pinang memang tiada dalam list aku untuk beli..suasananya kurang berangsangkan aku untuk bermastautin di sini..Tetapi, kalau untuk yang bussiness minded, yessss Pulau Pinang memang kena gayanya...Pada pendapat aku, 3 buah negeri di Malaysia ni yang memang sesuai untuk perniagaan. Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu..bandar yang lain boleh tapi kena ada keunikkan sendiri.

Ok, rumah landed kat sini puratanya aku tengok atas 500k..so memang mahal. takda MRT, Komuter, Lrt or sebagainya tetapi memang mahal sebab sini aku perasan banyak konglomerat berkumpul di penang. Banyak pejabat-pejabat utama selongok kat satu tempat jadi mudah...itu yang mahal . Bank utama banyak kat sini dan boleh dikatakan berpusat kat sini kalau tidak di Kuala Lumpur.

So nak melabur di Pulau Pinang..ok tapi paling penting...ILMU....


Byeee
























nak buat bantal kekabu




Gambar atas adalah contoh kekabu mentah yang baru aku beli...Cadangnya nak buat tilam baby + bantal..Aku beli baru Rm 30.00 sekilo kat pendang...sajer nak test tidur kat bantal kekabu..orang kata best, nyenyak, lembut dan sedap bila dipakai...so aku cuba beli dan buat sendiri..sebab ada orang kata yang dah siap kekadang ada campur biji kekabu dan " bahan lain". Tak pure..so aku beli sendirilah..dan cuba buat sendiri...

So sesape nak beli kekabu mentah boleh cari kat Pendang...kalau nak aku belikan pun boleh tapi kos hantar tanggung sendiri...yang ni sure pure sebab isi dalam guni dan terpulang pada kita nak isi dalam sarung bantal..dengarnya kalau tak sedap pakai cuba jemur..mesti lembut balik...

Hubungi azam 019-2154619..promote lagi....


Oklahhh

Friday 4 May 2012

Lauk malam tadi








Makan malam tadi aku berlaukkan  Ikan haruan masak cili api dan telur goreng pedas...Phew...berasap aku..tapi ni yang aku suka. Ikan haruan tu aku dapat dari kawan aku...niatnya aku membantu kawan aku yang jari kakinya telah dipotong kerana kencing manis. So aku minta kawan aku yang kat Pendang cari ikan haruan untuk berikan pada kawan aku yang kakinya tak baik-baik sejak kena bedah. Harapnya luka dia sembuh cepat lepas makan ikan haruan ni...

Oleh kerana kawan aku bagi banyak sampai 6 ekor so aku amik 2 ekor. yang lagi 4 ekor aku bagi kawan aku...itu yang aku masak cili api...Aku sendiri masak...hahaha...Bini aku tak makan ikan ni so aku kena siang dan masak...dan aku makan sendiri.

Citernya telur pedas tu bini aku masak untuk lauk utama malam tu...so kira berasap telinga aku..semuanya pedas..adalah lauk tambah lain macam udang dan sotong goreng...sajer je makan menu simple sebab kat luar dah makan macam-macam so aku makan biasa jer kat rumah..Bini aku sampai kena tegur dengan doktor sebab dah dekat nak bersalin, tekanan darah dia tinggi, so puncanya makan luar...masakan kat luar kita tak tahu tah apa perasa tambahan yang diletakkan so tu yang darah tinggi..jadi moralnya masak sendiri walau menu simple...untuk kesihatan gakkk....


Oklahhhh


salam,

Thursday 3 May 2012

bangunan lama di Pulau Pinang




Salah satu bangunan lama di Pulau Pinang



Aku baru balik dari keje petang tadi. Cukup sesak trafik hari ni...selalu aku ikut tesco di jalan masjid negeri tu, tapi nak elak sesak aku cuba ikut jalan bukit Pinang...Pergggghhh. lagi sesak...aku rasa lagi lama dari aku ikut jalan tesco...so aku dah terfikir untuk naik motor jer ulang alik bila masuk belah pulau sebab kesesakan jalan balik kerja membuatkan aku short setengah jam semata-mata nak sampai rumah...inilah punca aku nak tukar transport..Dulu alu bujang boleh jer naik motor pergi keje. tapi masa tu aku duk JB. sekarang aku kat Penang dan suasana cukup beza.

Isnin pagi aku ada meeting kat ibupejabat Key El lagi...tapi kali ini aku buat pilihan nak flight pulak....tak larat beb. lagipun pagi Rabu aku nak ke kampung sebab adik aku kahwin pada 12 may ni...so tak nak penat aku naik flight. Untuk tahun ni baru sekali naik flight...MAS kira oklahhhh. Lagipun aku balik hari...harapnya tak penat.

Aku dah ngantuk, lepak sangat..





Wednesday 2 May 2012

Mesyuarat lagi....




Minggu depan tempat kerja aku akan menerima satu kumpulan eksekutif dari sektor kerajaan...aduhai, mereka ni golongan elit tak tahulah camna nak kursuskan mereka. Berbagai persediaan dah dibuat sama ada mereka boleh menerima atau tidak... kebanyakan mereka muda lagi...

Isnin aku ader mesyuarat dibangi lagi...aduhai tiap minggu aku ke sana...tapi aku ingat nak serahkan mesyuarat ini pada anak buah jerrr.tak larat aku dan aku dah stand by nak balik kampung, wife aku nak due lagi dan adik aku nak kahwin minggu depan..agak sibuk sangat ni....


Aku dapat gambar ni dari kawan aku..yang terjadi kat India.


Well, ape pun kena hadapi semua ni...kehidupan...





Tuesday 1 May 2012

hari ni hari Rabu.....





Bangunan ni dibuat pada tahun 1925. Lokasi di Pulau Pinang

Hospital Lam Wah EE , hospital amal tanpa laba - a not for profit hospital







Tadi aku jalan-jalan kat Penang, then ternampak signboard ni...Hospital amal tanpa laba...maksudnya hospital tanpa keuntungan?..ish uniknya...mungkin kosnya murah? sebab tak amik keuntungan?


Aku tak penah pegi hospital ini. Ianya terletak di jalan masjid negeri..tepi flyover ke batu lancang. Ramai kengkawan aku keje kat hospital ni, Tapi aku tak pernah tanya betul ke " a not for profit hospital "?.  Kat penang ni banyak hospital swasta sehinggakan airport bayan lepas tu ramai orang indonesia datang sini sebab buat rawatan kat hospital swasta di Penang...

mungkin sesape yang tahu...?