Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Thursday, 26 September 2013
Tanah aku yang masih lagi kosong...
Aku pernah ceritakan pasal tanah aku kat sini . Sampai sekarang masih tiada lagi projek.Inilah pelaburan aku yang masih lagi dalam keadaan " kosong ". Kesian bini aku yang teruk membayar pinjaman...Baru ni aku dah berhabis nak bersihkan kebun ni..Alhamdulilah jiran tanah aku pun dah bersihkan tanahnya... So aku tengah fikir apa projek aku nak buat..?
Nak tanam sawit, rasanya setakat 1 ekar agak memenatkan nak mengusahakan...Aku pernah cuba trial dan error dengan mengiklankan rumah sewa dan hasilnya cukup mengkagumkan kerana puluhan panggilan aku terima nak sewa..So jelas menunjukkan jika buat rumah untuk disewa memang ada demand..Tetapi tang modal tu agak memeritkan..
Nak jual tanah ni rasa sayang sebab tanah ni dah dekat dengan bandar Muar dan pembangunan semakin menghala ke sini. Lagipun ni jer harta untuk anak-anak aku. Manalah tahu nak buat rumah esok-esok ada jugak tapaknya...
Aku pernah menawarkan untuk projek joint venture buat fertigasi tetapi yang cadang nak buat mensenyapkan diri..gagal lagi.. So sekarang aku akan cuba untuk membuat pelaburan tanam pisang..Sebab demand agak tinggi tapi nak rugi pun tinggi..Tapi kalau tak cuba mana kita tahukan...? Dengan pelaburan kurang seribu ringgit aku rasa agak berbaloi nak mencuba..Yang nak jadi rugi jika ada kecurian dengan hasil pisang tu..Itu yang masalahnya..banyak juga aku dengar kes kecurian hasil pertanian oleh penagih dadah.
Kalau ada yang nak usahakan secara usahasama mungkin aku boleh pertimbangkan jika cadangannya berbaloi untuk diusahakan..
Nanti aku update apa langkah seterusnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment