Sunday, 29 September 2013

Adakah harga rumah dah statik...?



Salam sejahtera,

Sejak menjak ni aku sering buat pemantauan harga rumah sekitar rumah sewa aku. Ini oleh kerana aku ada satu lagi loan rumah yang masih belum sentuh, so aku senantiasa melihat di iklan-iklan jualan rumah sama ada dalam pembinaan dan rumah dah siap. Ramai yang mengadu rumah di Bangi terlalu mahal, jadi aku dah setting benchmark yang mana aku berbaloi untuk beli. Sebab kekadang ada juga rumah yang dijual dibawah harga semasa tetapi oleh kerana terlalu tinggi untuk kelayakan so aku lepaskan begitu sahaja.

Aku ada perasan ada rumah kedai dan rumah kediaman yang dah siap tetapi tidak berpenghuni. Hanya tertampal iklan untuk disewa atau jual dan ada yang dah menjangkau setahun. Tahan ke pembeli yang bercadang nak menjual kembali membayar installment setiap bulan kerana tiada pembeli. Salesman juga pegang rumah tersebut sehingga ada pembeli. Dan juga aku ada perasan rumah yang sewa bulanannya kurang dari jumlah pinjaman bulanan yang dibuat. Selama mana boleh bertahan sebab negatif  flownya. Kalau dah bayaran bulanan sebanyak Rm 2000+ tetapi hanya boleh disewa sebanyak Rm 1400.00..Mungkin pembeli ada taktik lain kot..

Mungkin kebanyakan pembeli sekarang sedang mengambil tindakan tunggu dan lihat sebab terlalu banyak khabar angin berkenaan dengan harga rumah yang akan merudum. Menunggu tahun 2016 dan 2017. Ramai yang menjangka ekonomi akan down berdasarkan cycle 10 tahun sekali akan merudum..Untuk correction dikatakan..

Tetapi pemaju juga mengambil tindakan selamat dengan membuat rumah sedikit- sedikit untuk 2 tingkat. Contohnya hanya 30 buah sahaja dibuat. Bijak mereka ini sebab meraka buat sedikit untuk mengaut keuntungan dengan setiap fasa terdapat kenaikan harga. Jika tidak terjual taklah rugi sangat sebab buat rumah tu pun tak banyak..

Tetapi rumah kos rendah memang aku tak jumpalah kat Bangi.. Jeling-jeling juga bila pusing-pusing kat Bangi tapi langsung takda iklan untuk apartment kos rendah.. Pemaju untung rendah kot..Area Bangi Lama aku tak pasti tapi projek Mah Sing dekat dengan susur keluar tol UKM pun aku tak mampu. Below 1000sqft pun dah lebih 250k.Pergh...


Jadi aku akan terus memantau, disamping meningkatkan modal sedikit-sedikit. Mana tahu jika terjumpa ada rumah yang aku mampu. So aku dah sedia dengan bullet yang ada..




No comments:

Post a Comment