Tuesday, 23 July 2013

Status belajar aku



Setelah bertungkus lumus menelaah dari bulan Februari sehinggalah Jun akhirnya aku dah sampai penamat bagi semester aku 1 pengajian aku di UPM..Keputusan pun dah keluar. Alhamdulilah sangat..aku bersyukur dengan keputusannya. Walaupun tak semegah mana paling kurang aku berjaya juga mengharungi. Aku berdiploma dalam kewangan, Ijazah dalam pentadbiran dan menyambung master dalam bidang kecemasan. lari bidang..Tapi aku cukup-cukup berterima kasih dengan pensyarah aku yang cukup memahami walaupun menyedari aku dari bidang berbeza tapi aku cuba habis baik menelaah dan menjawab peperiksaan.

Ini merupakan bidang utama aku sesuai dengan kerja hakiki aku. Sesuailah dengan jiwa aku yang lasak tetapi dalam hal ni, aku kena buka minda..Ilmu tiada sempadan. Dah sampai masanya aku diversion ke bidang lain..Tidak semestinya aku kena expert sesuatu bidang jerrr.

Walaupun aku dalam bidang kecemasan tetapi terus terang aku banyak kepada pengurusan. Iaitu pembuatan keputusan sesuai dengan tanggungjawab aku... Aku membawa nama jabatan aku ke sini dan aku kena tunjukkan yang orang yang dihantar oleh jabatan aku cukup sesuai dengan sebarang penugasan yang diberikan..Merepeklahh aku ni.


Ok untuk next semester, aku kena repair lah apa yang patut..At least pertahankan pointer aku. Mantain 3.5 above dah satu bonus bagi aku..Insyallah dengan usaha, semangat serta sokongan dan rahmat dari Allah S.W.T aku berharap dapat mengharunginya..

Syukur alhamdulilah..

No comments:

Post a Comment