Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Wednesday, 28 November 2012
Malaysia 4 laos 1
Phw menang gak akhirnya...cuak gak sebab 1st half tu 1-1..At last menang gak 4-1..Tahniah Harimau Malaya...
Tuesday, 27 November 2012
Kebebasan Kewangan
Salam sejahtera
Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan..banyak definasi yang diberikan oleh berbagai pihak berhubung dengan maksud " Kebebasan Kewangan"...Pada pendapat aku ianya bermaksud kita telah bebas dari segala bebanan kewangan hutang yang melanda kita dan pada masa yang sama kita mempunyai kewangan yang cukup stabil untuk menampung hidup kita tanpa memerlukan berhutang.
Itulah maksud aku, dan aku sedang berusaha untuk bebas kewangan walaupun aku rasa ianya sangat jauh. Ianya memerlukan usaha, komitment dan sokongan berbagai pihak untuk mencapainya terutama " BANK"... Yerlah punca hutang kita semua adalah bank..Jadi disitulah puncanya. Kecuali kita tidak terlibat dalam sistem kewangan kapitalis yang mengkehendaki semuanya berhutang untuk hidup.
Dengan keluarga seramai 5 orang, rumah 3 buah dan tanah sikit hutang aku menjangkau 500k, jenuh aku nak selesaikannya.. Jadi aku sedang berusaha untuk segala bentuk taktikal, untuk selesaikan...Yerlah kita kena berfikir strategik dalam hal ini. Ilmu pengurusan kewangan itu penting.
Insyallah niat aku baik sebab tak nak libatkan diri lagi dalam riba harapnya diperkenankaNya..
Sekian

Thursday, 15 November 2012
Perniagaan dari rumah oleh Irfan Khairi
Berikut adalah beberapa tip dan pesananan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:
1. Jadual waktu - Anggap kerja dari rumah sama seperti kerja di pejabat. Pastikan anda mempunyai jadual waktu bekerja, mula pukul 9 dan tamat pukul 5. Sudah tentu, anda menjalankan perniagaan dari rumah kerana ingin lebih kelapangan masa untuk meguruskan isi rumah, bersama anak, memasak, dan sebagainya. Namun amay penting untuk anda menjaga jadual waktu anda sebaik mungkin dan menganggap perniagaan dari rumah juga punyai jadual waktu yang anda tetapkan.
2. Ruang yang tetap - Zaman ini, perniagaan dari rumah sering kali melibatkan Internet. Hasilkan satu ruang di rumah anda yang dinamaan “ruang kerja” di mana, apabila anda memasuki ruang tersebut, mindset anda adalah mindset melakukan perniagaan. Pada mulanya mungkin anda tidak dapat dedikasikan satu bilik khas untuk perniagaan, tetapi, mulakan dengan mungkin mendedikasikan satu sudut di rumah anda khas untuk anda masuki “zon perniagaan” anda!
3. Sokongan keluarga - Pastikan anda mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari rumah. Ertinya, apabila anda di ruang berniaga anda (zon perniagaan) di atas, ahli keluarga lain faham keadaan di mana anda tidak boleh diganggu. Latih anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu. Mungkin bergilir bersama suami/isteri untuk menjaga anak-anak ketika masa menjalankan perniagaan.
Sememangnya menjalankan perniagaan dari rumah menjadi impian ramai. Namun, ia tetap mempunyai cabarannya. Dengan disiplin diri, serta sokongan keluarga, berniaga dari rumah bukan lagi satu impian- ia akan menjadi realiti!
sumber : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-dari-rumah-pesanan-saya/
Wahhhh ni nasihat terbaik dari irfan Khairi...Sementelah aku nak sambung belajar mungkin ada masa banyak ruang masa..Lgpun aku cadang amik coursework..
InsyAllah aku cuba ikut apa saranan dia..
P/S : tapi ruang keje umah aku kena kemaslahhhh....
Azam
tanah kosong
Salam,
Tanah ni dah lama aku dan bini aku beli...Tanah kosong jer.... gambar kat atas ni sempadannya.. sebenarnya planningnya nak buat tapak umah jerrrr...Yerlah umah sekarang mahal dan rasa tak berbaloi nak beli, so pas pencen mungkin nak migrate kat Muar plakkk.
luas 1 ekar jerrrr. Memandangkan aku akan sambung belajar so aku buat keputusan nak usahakan tanah ni sikit-sikit..Dulu buat loan beli tanah ni so bayar buta jerrrrr. takda hasil so kena buat sesuatu..At least ada income. Cuma masalahnya masa aku sangat terhad. Dengan kerja tak menentu asyik travelling sahaja dan aku duk kat belah utara ni menyekat usaha..
So rasa-rasa dengan 1 ekar ni tanaman apa yang sesuai?..Kurang jagaan tetapi ada income cikit-cikit masuk kira oklah...
Azam
Monday, 8 October 2012
Taktik kotor penjenayah ( Awas wanita )
Salam,
Aku jumpa ni dekat FB aku. Taktik kotor penjenayah untuk memperdayakan wanita.. Lelaki ada ka? Memasukkan ubat tidur ke dalam air kotak dengan picagari... Selepas itu di gam kembali seperti gambar diatas... Cekap bukan...
So moralnya jangan mudah percayakan orang yang memberikan minuman sebegini kepada kita.. Just beware.
Arah tuju kehidupan
Aku dapat ni dari FB aku..Menarik sesangat..Ianya seolah-olah mengambarkan perjalanan kehidupan seseorang...Paling tertarik sekali yang terakhir tu..The failures join the underworld and control all the above..So mana arah kita sebenarnya sekarang ni....
Saturday, 6 October 2012
Projek pencen- Bela Rusa
Minggu lepas, aku balik kampung kat Tangkak. Smbil survey tanah adik ipar aku, terserempak dengan kandang rusa milik penduduk setempat.. Terus aku terjah dengan bapak mentua aku.
Owner secara teorinya bawak balik projek bela rusa ni dari gombak ke kampungnya kat tangkak. Apa yang aku lihat marketnya sangat bagus sebab permintaan ada. Senang jaga, takda kerenah sangat. Kandang juga tak berbau dan bela macam tu jerrrr....Senang bangat..
Tapi citer senang lerrr tapi nak membuatnya belum tentu..
Monday, 24 September 2012
Jualan Kereta lelong
Jumaat 21 September hari tu sempat aku pegi tengok pameran kereta lelong kat bagan ajam Butterworth. Tujuan aku hanyalah nak lihat dan jika ada berkenan bolehlah aku masuk bid pada Ahad 23 September 2012.
Tapi aku tengok takda kenderaan yang aku berkenan..Pastu tengok rega Reserve price ( RP ) macam sama yang ada jual kat Mudah. Kata kete lelong...
Tapi memang sedih tengok kete-kete ni jika ditengok oleh tuannya. Ada yang dah hancur isi dalam kete dan enjin so camna orang nak bid dan berkenan. Tinggilah hutang nak bayar kat bank sebab lelong rendah atau takda orang amik.
Tuesday, 18 September 2012
Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka ”
USMAN AWANG
Monday, 17 September 2012
EMS Asia 2012
Baru-baru ni aku diminta hadir ke seminar EMS Asia 2012. Seminar ni berlangsung 3 hari. Di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Hitel City Bayview..
Ramai medical practioners yang hadir dan berikan speech. Sampaikan aku tak tahu mana satu aku nak dengar sebab banyak bilik dan tajuk..
Tapi aku just tumpukan pentadbiran pada ambulan. Rerupanya ramai yang mengendalikan perkhidmatan ambulan kat negara kita..
Sunday, 9 September 2012
Kerja teruk..
Salam,
Mak aih....Keje apa ni?...Dia ni cari apa? So moralnya jika dah ada keje elok-elok janganlah abaikan...seteruk-teruk keje kita, ada yang lebih teruk..Bila tengok gambar ni mendatangkan insaf dalam diri aku..sebab aku ada keje yang elok....Yang penting halal. Dari halal datanglah keberkatannya kepada keluarga kita hasil dari usaha kita
Insyaallah...
Friday, 7 September 2012
Kolam kanvas ikan talapia
Salam,
ini kolam kanvas ikan talapian milik kawan aku...Huh..menarik ni sebab macam senang jer manage.Sebab dia tinggalkan jerrrr..Tapi ikan boleh idup lagi..Cuma kekadang gantikan penapis jerrrr. Harga ikan talapia dalam Rm 9.00 sekilo.
Menarik ni..sebab aku tengah cari tapak apa nak buat bila dah pencen. Walaupun ada 25 tahun lagi nak pencen tapi sebagai persediaan sebab ilmu-ilmu macam ni kena cari awal..supaya nak buat projek kita dah sedia maklum rintangan yang akan datang...
Menarik sungguh
Tuesday, 4 September 2012
Rumah terbakar di Kg Melayu, Kluang
2 hari sebelum raya menjelang rumah jiran sederat mak aku terbakar. Kejadian berlaku dalam jam 5.30 petang..aku tengah tidur kat umah..Then bunyi siren, terus jenguk kat luar. Rerupanya rumah terbakar. Aduh..lagi 2 hari nak raya..Simpati...
Sunday, 2 September 2012
Air Hitam Pulau Pinang banjir
Salam,
Kisahnya sebelum cuti hari Raya 2012 ni laluan rumah aku banjir plak...Nasib baik aku tak redah sebab tak perasan air dah naik masa tu... Aku keluar jam 6.15 pagi...Phew..kalau tak jahanam kete kancil bini aku..
Semenjak tu sungai kecik belakang rumah aku dah korek...So sekarang laluan anak sungai dah besar dan insyaalah takdalah banjir..Tapi bila banjir ni aku terpaksa amik cuti kecemasan
Saturday, 1 September 2012
harga rumah naik mendadak..
Salam semua..
Sekarang ni semua isu pasal harga rumah..Memang naik mendadak terutamanya kawasan hotspot...bak kata ramai blogger, lokasi, lokasi,lokasi...
Aku ader sebuah rumah yang dibeli pada tahun 2005. Masa tu aku keje swasta..Beli sebab aku rasa dah tua..25 tahun dan aku rasa aku akan ending kat sini. Ulu Tiram JB.Yerlah keje kat JB..masa tu 790 sqft dengan rega 80k. Rumah sederhana murah 2 tingkat. Setelah bertungkus lumus simpan duit dan guna duit epf aku berjaya beli...Phew..masa tu bujang..beli dengan kebenaran SUK. Sekarang aku sewakan Rm 450.00 dengan bayaran bulanan 390.00. Dapat sikit positif cashflow.. Tak salah aku market value dalam 100k kot sebab kawasan tu jauh dari bandar..Salah target kot sebab aku ingatkan Jalan JB ke Kota Tinggi akan maju..nak jual kena kebenaran SUK gak kot sebab taraf rumah murah.
Sekarang ni ramai ngeluh pasal rega rumah naik tapi gaji ikut takuk lama..Memang sekarang semacam naik..naik takut aku tengok..kenapa jadi macam ni? sampai sekarang macam-macam isu timbul hasil dari kenaikan rumah naik..berbagai konspirasi..Aku perhatikan walaupun ramai ngeluh tetapi rega rumah naik..dan tempiasnya banyak tempat..semacam aku tengok..
Takpalah korang boleh tengok merata komen dalam alam maya berhubung dengan kenaikkan rega rumah..Boleh lah kaji..
Terima kasih

Friday, 31 August 2012
Sambung belajar HLP
Salam,
Akhirnya aku mendapat tawaran untuk sambung belajar dengan bergaji penuh..alhamdulilah..so apa yang aku rancangkan berjaya mengikut plan seperti mana yang aku rancang..Dengan keadaan kritikal aku kena keje jauh dari rumah, anak yang baru lahir dan masalah anak aku yang pertama suspect sakit aku dipermudahkan jalan kehidupan aku..
Dulu aku keje kena lanyak jerrr. Apa tidaknya sampaikan tiada cuti ( kekadang ) dalam memenuhi tuntutan tugas tanpa dibenarkan menuntut elaun kerja lebih masa dan cuti gantian. Aku redha dan yakin pengorbanan aku ini pasti ada timbal baliknya..Syukur aku mendapat balasan dengan dapat sambung belajar dengan gaji penuh..Ianya merupakan perkara yang sangat aku harapkan dalam mengatur hidup aku dengan lebih baik..
So selepas ni, aku hanya perlu menglangsaikan amanah yang telah diberikan untuk menghabiskan program sambung belajar aku..Walaupun aku didedahkan dengan berbagai perkara mengenai keburukan research program aku, InsyAllah aku akan berjaya dengan berkat doa keluarga, rakan taulan.
Alhamdulilah, aku bersyukur sangat..

Friday, 10 August 2012
Kereta ni pecut 707 kmj ...
Aku jumpa dalam CG, mak aih lajunya kete ni....dekat highway Butterworth...Tapi ader ke kete ni kat Malaysia...or hanya ilusi jerrrr?
Tuesday, 7 August 2012
Pusat menjual tinted film kat Kluang
Ha...ni kedai sepupuku...Dia buat bizness ni selepas kerja dengan orang Cina setelah 12 tahun..Dengan gamblenya dia sewa kedai dan buat sendiri. Suka aku tengok sebab dia dah berdikari sebab aku tahu akademik dia tak tinggi sangat..tapi dia berani.
So sesape berminat nak pasang filem tinted pada kereta mahupun cermin rumah or bangunan boleh hubungi dia. Kedainya terletak dekat belakang Kluang Mall..
Saturday, 4 August 2012
Apartment Taman Tropika, kajang
ha...apartment ni terelatk di sungai tangkas, kajang. Belakang UKM...Adik ipar aku dulu amik tetapi tak teruskan sebab komitment lain..tengok dah nak siap..nak dekat 200k wooo..kenaikan harga rumah yang mendadak kat bangi walaupun terletak dekat sempadan bangi dan kajang.
Wednesday, 23 May 2012
Kereta Persona aku bersagat....
Kereta aku bersagat selepas terlanggar tiang...Make up habis dalam Rm 370.00..Ini akibatnya gerak jam 3 pagi. nak parking dah tersondol tiang..aduhai
Lawatan Rumah di Kluang untuk dibeli.
Survey rumah kat Kluang..cadangnya nak beli sebab kawasan tanah luas dan dekat dengan hospital Kluang yang baru..rega..memang naiklah sebab ada lebihan tanah..tengah fikir lagiiii.
Friday, 18 May 2012
Wednesday, 16 May 2012
Tuesday, 15 May 2012
Monday, 14 May 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)