Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Thursday, 15 November 2012
Perniagaan dari rumah oleh Irfan Khairi
Berikut adalah beberapa tip dan pesananan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:
1. Jadual waktu - Anggap kerja dari rumah sama seperti kerja di pejabat. Pastikan anda mempunyai jadual waktu bekerja, mula pukul 9 dan tamat pukul 5. Sudah tentu, anda menjalankan perniagaan dari rumah kerana ingin lebih kelapangan masa untuk meguruskan isi rumah, bersama anak, memasak, dan sebagainya. Namun amay penting untuk anda menjaga jadual waktu anda sebaik mungkin dan menganggap perniagaan dari rumah juga punyai jadual waktu yang anda tetapkan.
2. Ruang yang tetap - Zaman ini, perniagaan dari rumah sering kali melibatkan Internet. Hasilkan satu ruang di rumah anda yang dinamaan “ruang kerja” di mana, apabila anda memasuki ruang tersebut, mindset anda adalah mindset melakukan perniagaan. Pada mulanya mungkin anda tidak dapat dedikasikan satu bilik khas untuk perniagaan, tetapi, mulakan dengan mungkin mendedikasikan satu sudut di rumah anda khas untuk anda masuki “zon perniagaan” anda!
3. Sokongan keluarga - Pastikan anda mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari rumah. Ertinya, apabila anda di ruang berniaga anda (zon perniagaan) di atas, ahli keluarga lain faham keadaan di mana anda tidak boleh diganggu. Latih anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu. Mungkin bergilir bersama suami/isteri untuk menjaga anak-anak ketika masa menjalankan perniagaan.
Sememangnya menjalankan perniagaan dari rumah menjadi impian ramai. Namun, ia tetap mempunyai cabarannya. Dengan disiplin diri, serta sokongan keluarga, berniaga dari rumah bukan lagi satu impian- ia akan menjadi realiti!
sumber : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-dari-rumah-pesanan-saya/
Wahhhh ni nasihat terbaik dari irfan Khairi...Sementelah aku nak sambung belajar mungkin ada masa banyak ruang masa..Lgpun aku cadang amik coursework..
InsyAllah aku cuba ikut apa saranan dia..
P/S : tapi ruang keje umah aku kena kemaslahhhh....
Azam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment