Salam,
Akhirnya aku mendapat tawaran untuk sambung belajar dengan bergaji penuh..alhamdulilah..so apa yang aku rancangkan berjaya mengikut plan seperti mana yang aku rancang..Dengan keadaan kritikal aku kena keje jauh dari rumah, anak yang baru lahir dan masalah anak aku yang pertama suspect sakit aku dipermudahkan jalan kehidupan aku..
Dulu aku keje kena lanyak jerrr. Apa tidaknya sampaikan tiada cuti ( kekadang ) dalam memenuhi tuntutan tugas tanpa dibenarkan menuntut elaun kerja lebih masa dan cuti gantian. Aku redha dan yakin pengorbanan aku ini pasti ada timbal baliknya..Syukur aku mendapat balasan dengan dapat sambung belajar dengan gaji penuh..Ianya merupakan perkara yang sangat aku harapkan dalam mengatur hidup aku dengan lebih baik..
So selepas ni, aku hanya perlu menglangsaikan amanah yang telah diberikan untuk menghabiskan program sambung belajar aku..Walaupun aku didedahkan dengan berbagai perkara mengenai keburukan research program aku, InsyAllah aku akan berjaya dengan berkat doa keluarga, rakan taulan.
Alhamdulilah, aku bersyukur sangat..
Terima kasih
No comments:
Post a Comment