Monday 3 February 2014

Kenaikan harga barang makin ketara...




Salam sejahtera...


Kenaikan harga barang makin ketara sekarang ni..seolah-olah tidak dapat ditahan..Dengan satu persatu pengumuman kenaikan berbagai kos perkhidmatan harga barang juga mengikut naik. Tadi aku berbelanja di  salah satu hypermarket.. Membuatkan aku mengeleng kepala kerana kebanyakan harga barang rutin yang aku amik sebelum ini telah meningkat naik. Walaupun terdapat kenaikan gaji, namun aku simpati kepada mereka yang tidak dapat menikmati kenaikan gaji tetapi terpaksa menikmati " kenaikan harga barang".

Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana dikhuatiri ianya semakin hilang kawalan. Berbagai jawatankuasa, task force dan tah apa-apa unit diwujudkan tetapi jika diselidiki ke akar umbi, rakyat telah mula memperkatakan apa tindakan kerajaan untuk mengatasinya.. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah papa.

Bersedialah kita untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat..


P/s : Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli jongkong emas public gold 20 gram aku tu, boleh message aku 019-2154619 ( urgent sale ) untuk rega terbaru..

Sekian...


No comments:

Post a Comment