Tuesday, 18 February 2014

Pendapatan yang diperlukan untuk beli rumah mengikut kawasan di Kuala Lumpur..



Keratan akhbar dari suratkhabar ni menyatakan pendapatan yang diperlukan untuk memiliki rumah mengikut kawasan. Tak di nyatakan jenis rumah. Mungkin secara pukul rata kot.

Aku tinggal di Kajang dan ada beli rumah dikawasan ni. Ikutkan pendapatan Rm 12 300 diperlukan untuk membeli rumah di kawasan tersebut. Wow..nasib baik aku dah beli rumah pada tahun 2010.  Jika nak rumah yang mampu kita beli mungkin ada. Cuma kena rajin survey...Aku pernah jumpa landed single storey untuk bangi 218k sahaja. Cuma valuer tak boleh bagi rega tu...Tang lokasi aku dah minat..Sekarang ni banyak kengkawan aku yang nak beli rumah tak lepas sebab valuer tak boleh bagi harga yang hendak dijual oleh penjual. So tak sanggup nak top up banyak-banyak jadi terpaksa lego...

yang penting usaha mencari lagi...

Monday, 17 February 2014

Mutiara kata



Salam bahagia semua.


Macam mana hari ni..harap semuanya berjalan lancar.  Minggu ni adalah minggu akhir cuti semester aku. hubung minggu ni pengajian aku akan bermula kembali. Setelah keluar keputusan periksa yang lalau, aku harap keputusan semester ini juga akan bertahan. Rasanya semester ni lagi aku ketat. Sebab ikutkan aku final semester tetapi ada masalah sikit aku terpaksa menyambung satu semester lagi.

Gelombang kenaikan barang semakin baik sekarang. Dulu aku ingatkan beli keperluan di pasar raya ternama dapat mengurangkan kos ternyata meleset. Semakin naik. Sehingga terpaksa menghadkan perbelanjaan kerana kenaikan harga barang mendadak.

banyak "action plan" mesti dilakukan untuk mengurangkan tahap perbelanjaan tetapi pada masa yang sama tidak menyusahkan hidup. Tak kan aku nak halang pengunaan eletrik semata-mata kerana nak kurangkan belanja eletrik.

Aku akan cuba...

Sunday, 9 February 2014

Keputusan periksa aku dah kuar...



Alhamdulilah..result periksa aku kuar..Syukur alhamdulilah..Aku berjaya maintain cumulative grade point average aku...hahahah nasib baik..walaupun turun 0.02 sahaja. Sebab tahun ni aku agak lalai sikit belajar....Tapi lepas ni tak tahulah.. sebab aku kna banyak bawak credit hour. Sebab sem lepas aku pi drop satu subject. So sem ni kena struggle sikit..

So aku berjaya sambung sem lagi..so biasiswa aku dapatlah diteruskan.. Tinggal lagi 2 sem aku nak abis. Harapnya aku berjaya tamat dengan jayanya..

Wednesday, 5 February 2014

Cari tanah lot...

Salam sejahtera



kan ke menarik jika dapat tanah lot macam ni....




Petang semalam aku bersama agen hartanah melihat tanah lot yang untuk dijual. Harga 90k untuk kawasan bangi. bagi aku agak murah jadi aku berminat nak lihat dan beli jika menarik. So aku bersama dia pun melihatlah kawasan tanah lot tu. Terletak di kawasan Pekan Bangi lama. Bila aku melihat semuanya tidak mencapai apa yang aku harapkan. Jalan masuk takda sebab semua tanah lot belum ada rumah, dekat dengan talian voltan tinggi TNB ( yg ni aku cuak ), dan sempadan tempat pelupusan sampah plak kat situ..


Jadi aku amik keputusan " kurang berminat " walaupun berbagai ayat agen maklumkan. " bagus untuk pelaburan", "akan dimajukan dalam 2-3 tahun", dan berbagai lagi...Walaupun geran individu tetapi faktor nak bangunkan pembangunan lambat lagi membuatkan aku kurang berminat. Yang perit ialah semua urusan adalah tunai. Phewww.. Mana nak korek duit..


So aku dengan penuh hormat maklumkan kurang berminat. Takpalah ada rezeki mungkin kat tempat lain...

Tuesday, 4 February 2014

Rumah 2 tingkat...







P/S : Ada yang berminat dengan kasut diatas.. Boleh menghubungi azli 019-2154619 untuk rega dan post. Cash on delivery ( COD ) area bangi ok...


Salam sejahtera..

Menjak aku menyewa umah 2 tingkat ni barulah aku rasa betapa penatnya ulang turun dan naik..Jika tertinggal barang kat tingkat jenuhlah nak naik dan turun...La ni aku laratlah....sat ni bila dah tak larat dan umur pun dah senja mampu kah lagi...?

Jadi aku dah tanamkan tekad nak beli umah setingkat jerlahhh. Tak larat rasanya nanti bila dah tua nak turun naik tangga.. Walaupun 2 tingkat tapi nampak kecik..aku rasa bebas lagi rumah setingkat....


Inshallah harapnya di permudahkan...




Monday, 3 February 2014

Kenaikan harga barang makin ketara...




Salam sejahtera...


Kenaikan harga barang makin ketara sekarang ni..seolah-olah tidak dapat ditahan..Dengan satu persatu pengumuman kenaikan berbagai kos perkhidmatan harga barang juga mengikut naik. Tadi aku berbelanja di  salah satu hypermarket.. Membuatkan aku mengeleng kepala kerana kebanyakan harga barang rutin yang aku amik sebelum ini telah meningkat naik. Walaupun terdapat kenaikan gaji, namun aku simpati kepada mereka yang tidak dapat menikmati kenaikan gaji tetapi terpaksa menikmati " kenaikan harga barang".

Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana dikhuatiri ianya semakin hilang kawalan. Berbagai jawatankuasa, task force dan tah apa-apa unit diwujudkan tetapi jika diselidiki ke akar umbi, rakyat telah mula memperkatakan apa tindakan kerajaan untuk mengatasinya.. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah papa.

Bersedialah kita untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat..


P/s : Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli jongkong emas public gold 20 gram aku tu, boleh message aku 019-2154619 ( urgent sale ) untuk rega terbaru..

Sekian...