Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Friday, 4 May 2012
Lauk malam tadi
Makan malam tadi aku berlaukkan Ikan haruan masak cili api dan telur goreng pedas...Phew...berasap aku..tapi ni yang aku suka. Ikan haruan tu aku dapat dari kawan aku...niatnya aku membantu kawan aku yang jari kakinya telah dipotong kerana kencing manis. So aku minta kawan aku yang kat Pendang cari ikan haruan untuk berikan pada kawan aku yang kakinya tak baik-baik sejak kena bedah. Harapnya luka dia sembuh cepat lepas makan ikan haruan ni...
Oleh kerana kawan aku bagi banyak sampai 6 ekor so aku amik 2 ekor. yang lagi 4 ekor aku bagi kawan aku...itu yang aku masak cili api...Aku sendiri masak...hahaha...Bini aku tak makan ikan ni so aku kena siang dan masak...dan aku makan sendiri.
Citernya telur pedas tu bini aku masak untuk lauk utama malam tu...so kira berasap telinga aku..semuanya pedas..adalah lauk tambah lain macam udang dan sotong goreng...sajer je makan menu simple sebab kat luar dah makan macam-macam so aku makan biasa jer kat rumah..Bini aku sampai kena tegur dengan doktor sebab dah dekat nak bersalin, tekanan darah dia tinggi, so puncanya makan luar...masakan kat luar kita tak tahu tah apa perasa tambahan yang diletakkan so tu yang darah tinggi..jadi moralnya masak sendiri walau menu simple...untuk kesihatan gakkk....
Oklahhhh
salam,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment