Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Monday, 20 January 2014
Tahun 2014..
Salam sejahtera..
Rasanya tak lambat lagi aku ucapkan "selamat tahun Baru 2014"..Hohoho..tahun yang dikatakan mencabar..Aku rasa tiap tahun mencabar...Cumanya untuk tahun ini diberikan perhatian khusus kerana pelbagai perkara yang buruk dijangkakan berlaku di tahun ini.
Antaranya kos sara hidup semakin meningkat. Dengan hanya kenaikan harga minyak menyebabkan berbagai kos lain meningkat juga. Ramai yang terkejut..Pelbagai analisis di keluarkan menjangkakan keadaan akan bertambah teruk.. Tak pelulah aku ulas kat sini. tapi yang nyatanya barang-barang memang mengalami kenaiikkan harga. Aku yang biasa shopping di pusat beli belah barang dapur menyedari ada kenaikan harga. Yerlah kita ambil barang yang sama tiap bulan dan dapat melihat kenaikan harganya.. Sehingga aku rasa takut sama gaji yang aku terima mencukupi atau tidak.. Dengan anak-anak yang semakin membesar, maka kos-kos lain juga akan meningkat...
Tiada apa yang boleh kita buat. Cuma kena ubah cara hidup dibandingkan dengan tahun-tahun lepas..Potong belanja mana yang yang kita boleh potong.. Terpaksa buat untuk memastikan perbelanjaan kita mencukupi tiap bulan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment