Saturday, 28 December 2013

Status akhir 2013...




Keadaan rumah sewaku sewaktu diserahkan kepada aku.









Pergh banyak nya sampah yang penyewa aku tinggalkan...








Dalam berberapa hari ni..maka berakhirlah tirai 2013 dan menjelangnya tirai 2014..Bermacam peristiwa terjadi pada aku untuk 2013. Ada yang berjaya di diharungi dengan cemerlang, ada yang terkandas dan ada yang sedang berjalan...


Untuk pembelajaran aku sedang menunggu saat peperiksaan final exam yang akan menjelang minggu depan..Plus satu assignment yang belum siap...Phew..harapnya berjalan baik sebab aku tak mahu sangkut. Cuma lecturer aku ada cakap..U all hanya nak certified sahaja..Yup memang betul..sebab proses pembelajaran aku sebelum ini cukup mencabar dan kos juga amat tinggi... cuma di sini memerlukan kita dipersijilkan untuk membuktikan kita cukup expert perkara itu..Aku akui perkara itu...

Tahun ni tiada aset baru yang aku beli..Cuma aku dah mula masuk beli emas...Adalah sikit sebagai back up. Membebel bini aku..sebab takut tersangkut. Tapi aku ikut kata mentorku..sediakan back up plan apa jua perkara yang kita lakukan..So aku bersedia gak jika ada in case of emergency..Adalah persediaan kewangan jika perlukan exit plan...


Alhamdulilah bini aku juga dapat sambung belajar tahun depan..Insyallah akan menyusul bersama dengan aku..memang rezeki kami sekeluarga..So masa yang kritikal ni harapnya anak-anak aku dapat penjagaan yang sempurna. Semasa usia ni memang cukup kritikal sebab nak membentuk acuan mereka. Harapnya semua berjalan lancar..

Untuk tahun 2014...? Belum tahu apa yang perlu aku buat..Cuma aku targetkan tanah aku kena usahakan sesegera yang boleh...Adios





No comments:

Post a Comment