Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Tuesday, 23 July 2013
Status belajar aku
Setelah bertungkus lumus menelaah dari bulan Februari sehinggalah Jun akhirnya aku dah sampai penamat bagi semester aku 1 pengajian aku di UPM..Keputusan pun dah keluar. Alhamdulilah sangat..aku bersyukur dengan keputusannya. Walaupun tak semegah mana paling kurang aku berjaya juga mengharungi. Aku berdiploma dalam kewangan, Ijazah dalam pentadbiran dan menyambung master dalam bidang kecemasan. lari bidang..Tapi aku cukup-cukup berterima kasih dengan pensyarah aku yang cukup memahami walaupun menyedari aku dari bidang berbeza tapi aku cuba habis baik menelaah dan menjawab peperiksaan.
Ini merupakan bidang utama aku sesuai dengan kerja hakiki aku. Sesuailah dengan jiwa aku yang lasak tetapi dalam hal ni, aku kena buka minda..Ilmu tiada sempadan. Dah sampai masanya aku diversion ke bidang lain..Tidak semestinya aku kena expert sesuatu bidang jerrr.
Walaupun aku dalam bidang kecemasan tetapi terus terang aku banyak kepada pengurusan. Iaitu pembuatan keputusan sesuai dengan tanggungjawab aku... Aku membawa nama jabatan aku ke sini dan aku kena tunjukkan yang orang yang dihantar oleh jabatan aku cukup sesuai dengan sebarang penugasan yang diberikan..Merepeklahh aku ni.
Ok untuk next semester, aku kena repair lah apa yang patut..At least pertahankan pointer aku. Mantain 3.5 above dah satu bonus bagi aku..Insyallah dengan usaha, semangat serta sokongan dan rahmat dari Allah S.W.T aku berharap dapat mengharunginya..
Syukur alhamdulilah..
Monday, 22 July 2013
Ekonomi dunia runtuh pada 2016- predicts Kiyosaki
Wah..inilah kata-kata dari seorang pengurus kewangan..
BIla perkara ni aku ajukan pada kengkawan ramai yang mencebik jerrr. Seolah-olah tidak mepunyai kesan kepada mereka..Yerlahh mereka tau cukup bulan cucuk bank kuarkan duit gaji. Cukuplah sekadar yang ada..tu yang masalah orang kita..
Oklah banyak gak yang bagi info sebagai persediaan jika perkara diatas terjadi. Yang aku rasa aku akan ikut ialah dah berhenti beli rumah baru yang dijangka siap pada 2016.. Sebab tak mahu kena effect..Just layan lelong... Tapi memang aku pun ingat dah tak beli rumah lagi...Dah cukup kuota. Just wife aku jerr yang tak pakai kelayakan lagi.. Lagipun menjak anak dah tiga ni baru aku sedar belanja semakin meningkat tetapi nasib baik gaji pun ada naik.. So sekarang tengah atur fiancial planning balik.
Tanah yang sekangkang kera kat kampung pun tak sempat usaha lagi. Hari tu ada sorang mamat nak usahasama buat fertigasi tapi tak sempat tengok tanah lagi..Aku sokong jer sebab at least aku boleh belajar cara-cara nak fertigasi ni..Persediaan nak pencen dan permulaan masuk pertanian sebagai tapak diversion.
Kereta pun rasa nak tukarlahhh. Pakai kete sedan ni macam tak muat dah anak-anak aku bila kitaorang berjalan.Rasa kesian pun ada..So mungkin tukar dengan yang agak luas sikit. Yang nyatanya kereta buatan tempatan. Boleh nak pakai kereta import tapi mengenangkan bulanan yang agak besar dan perbelanjaan yang agak tinggi biarlah aku pakai yang tempatan dulu..
So pada anda semua..pandai-pandailah mengatur perbelanjaan anda ..
bak kata Robert T Kiyosaki
Academic qualifications are important and so is financial education. They're both important and schools are forgetting one of them
So financial Education itu penting...
Sunday, 7 July 2013
Screen handset crack repair di kedai telefon kat The Mines Shopping fair
Screen hand set aku yang jadik BLANK
Salesman situ cakap dia hebat sebab semua penjual handset kat situ hantar kat dia ganti screen...yerlah kot sebab atas meja dia penuh dengan handset jenis aku..so dia mintak Rm 180.00 untuk gantikan screen. Dengan 1 minggu jaminan ( warranty ).
Masa tu pun dah jam 4 petang, so aku setuju dengan semua kerja-kerja dia buat depan aku...aku mula rasa tak sedap hati sebab dia komplen banyak kat handset tu..recondlahhh, button ni takdalah, plastik nilahhh, cover dust potong sendirilahhh dan akhir sekali dia kata ini handset tak bagus..Then off button dia kata dah rosak dan dia mintak Rm 120.00 untuk gantikan..aku tolak...mintak dia pasang balik jerrrr.
Setelah cuba dan puashati aku pun bayar dan diberikan handset balik..Tuptuptup...kenapa handset aku aku ni searching line jerrrrr..Aku pun patah balik dan tanyakan...dia tah aper dia tekan jadik ok balik...
Then aku pun jalan-jalan dalam The Mines Shopping Fair tu,,,ramai ler orang sebab hari Ahad....
Inilah rupa screen handset aku yang crack..Pakai tak sampai 2 jam dah crack..dia offer aku bayar lagi seratus untuk pasang baru...Woiiii..Ko dah pasang dengan harga Rm180.00 dan crack lepas tu aku nak kena bayar lagi seratus untuk pasang yang baru. barang dari stok yang sama..lepas tu crack lagi..dan bayar..dan bayar...dan bayar,..wow kaya cara alaf baru..
So moralnya...berjaga-jagalah bila membuat urusan pembelian mahupun pembaikan handset di kedai ni...Kalau nak tau lanjut kedai mana boleh e-mail aku sebab aku tau kita tak boleh simply dedahkan kedai mana..biasalah diaorang ni...tapi memang aku seriklah dak buat urusan kat sini..serius..
akuazamjoe@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)