Blog yang memaparkan kehidupan aku sebagai seorang lelaki di muka dunia ini. Bini sorang dan 2 anak aku. Itu jerrr. Normal life.
Monday, 27 May 2013
Cuti-cuti ke Cameron Highland
Baru-baru ni pada 19 dan 20 May aku lawatan ke Cameron Highland...Itu pun sebab ada keje kat sana yang mana berhubung dengan kerja kursus aku.. Yerlah pasal landslide...Cameron Highlands ni banyak slide so lecturer aku wat lawatan untuk terangkan kepada pelajar-pelajarnya..
Sempatlah aku melawat ladang-ladang stawberi, sayur dan bagai lagi kat sana..Dulu aku pernah pegi sana dalam 3-4 tahun lepas. Rasanya semakin panas kat sana..Mungkin banyak sangat aktiviti penerokaan tanah, dah kurang hutan tu yang panas sangat. Tapi berdasarkan maklumat yang aku dapat keluaran pertanian sana mencecah Rm 1 billion setahun ..Wow..1 ekar tanah pun dah nilai 400k..Fooh.. Dengarnya orang asing yang keje kat sana kalau gaji kurang Rm1000 tak nak keje . Sampai satu peringkat mereka boleh sewa tanah kat pemilik tanah untuk buat tanaman.
Aku pun tak lama..Hanya 1 malam sahaja. Itu pun sebab kerja kursus...mungkin lepas ni pergi tempat lain pula..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment