1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu ‘networking’.
Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan ada
interaksi.
2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti
apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan
penting. Jika tidak, kita akan ‘tenggelam’.
3. Di laman web sosial,
orang lebih suka melihat apakah yang kita lakukan dari semasa ke semasa. Jadi
gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.
4. Sertai Group
yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu
mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu
cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.
5.
Berikan maklumat yang bernilai. Diri kita akan menjadi bernilai di mata ahli FB
jika maklumat atau informasi yang kita berikan bernilai untuk mereka. Di FB,
lebihkan ‘sharing’ berbanding promosi semata-mata.
6. Salah satu cara
lain untuk menambah Friend adalah dengan menyemak emel-emel pelanggan kita di
FB. Jika ada, Add mereka dan beritahu mengenai anda.
7. Selepas Add
seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus
melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan
salam perkenalan.
8. Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui
internet kerana alasan sukar mempercayai. Begitu juga untuk percaya kepada
mana-mana individu atau pihak yang melakukan promosi di internet. Begitu juga di
FB.
Oleh itu, kurangkan rasa takut ahli-ahli FB dengan konsisten muncul
di FB seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan
kepercayaan pada diri mereka bahawa kita adalah usahawan atau perniagaan yang
boleh dipercayai. Cara lain, letak testimonial daripada pelanggan sedia
ada.
9. Semakin kita ‘rapat’ dengan ahli-ahli FB, maka kita akan semakin
mendapat perhatian.
10. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus
rekod video dengan menggunakan fungsi Video Recorder di FB.
11. Gunakan
fungsi “Tagging” sebaik-baiknya, tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja.
Elakkan tag secara melulu kerana ia boleh membuatkan mereka marah dan menganggu
ruang FB mereka. 12. Hari Lahir: Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan
ahli-ahli FB adalah dengan mengucapkan ucapan-ucapan yang baik-baik kepada
mereka bersempena ulangtahun kelahiran mereka. Status hari lahir ada di bahagian
HOME FB.
13. Wujudkan Group atau Fan Page sendiri yang mana ia mempunyai
beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile
account).
14. Event: Dalam diam, sudah banyak pihak perniagaan atau
individu yang berjaya mendapat peserta untuk program anjuran mereka HANYA
melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Event.
15.
Jika sesuai, boleh integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga blog
(RSS).
16. Chat: Tanpa perlu menggunakan aplikasi lain di luar FB, kita
boleh menggunakan fungsi Chat untuk berbincang sesuatu perkara bersama
pelanggan. Namun pastikan cara ini tidak membuatkan masa kita habis begitu
sahaja tanpa kawalan.
17. Pelbagaikan bentuk penulisan di FB. Elakkan
terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur
humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik,
persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan
pelbagai lagi bentuk.
18. Saya dapati, jika kita menjadikan
(memperlakukan) rakan-rakan (Friends) di FB sebagai pelanggan di dalam
komunikasi iaitu ‘kita di atas dan mereka di bawah’, ia kurang berkesan di dalam
menarik minat mereka. Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (sama
aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka laras bahasa juga perlulah sesuai tanpa
menggunakan ayat-ayat yang terlalu menjual. Orang tidak suka mereka terjual.
Kurangkan ego mereka.
19. Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh
difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh
orang-orang muda sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama. Begitu juga bahasa
pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam
bisnes adalah, mereka akan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik
mungkin.
20. Elakkan melepas geram atau menulis sesuatu yang negatif,
atau melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan (terutama yang
berjaya) biasanya akan dilihat sebagai hebat dan positif. Jika kita (usahawan)
menulis sesuatu yang menunjukkan kita lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan
cepat melenting, maka nilai kita pada pandangan orang akan mula
terhakis.
21. Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di FB, gunakan sahaja
fungsi Link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog,
lagi-lagi jika kita mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak
artikel.
No comments:
Post a Comment