Monday, 24 September 2012

Jualan Kereta lelong


























Jumaat 21 September hari tu sempat aku pegi tengok pameran kereta lelong kat bagan ajam Butterworth. Tujuan aku hanyalah nak lihat dan jika ada berkenan bolehlah aku masuk bid pada Ahad 23 September 2012.

Tapi aku tengok takda kenderaan yang aku berkenan..Pastu tengok rega Reserve price ( RP ) macam sama yang ada jual kat Mudah. Kata kete lelong...


Tapi memang sedih tengok kete-kete ni jika ditengok oleh tuannya. Ada yang dah hancur isi dalam kete dan enjin so camna orang nak bid dan berkenan. Tinggilah hutang nak bayar kat bank sebab lelong rendah atau takda orang amik.





Tuesday, 18 September 2012

Melayu





Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka ”


USMAN AWANG

Monday, 17 September 2012

EMS Asia 2012





Baru-baru ni aku diminta hadir ke seminar EMS Asia 2012. Seminar ni berlangsung 3 hari. Di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Hitel City Bayview..

Ramai medical practioners yang hadir dan berikan speech. Sampaikan aku tak tahu mana satu aku nak dengar sebab banyak bilik dan tajuk..

Tapi aku just tumpukan pentadbiran pada ambulan. Rerupanya ramai yang mengendalikan perkhidmatan ambulan kat negara kita..



Sunday, 9 September 2012

Kerja teruk..



Salam,


Mak aih....Keje apa ni?...Dia ni cari apa? So moralnya jika dah ada keje elok-elok janganlah abaikan...seteruk-teruk keje kita, ada yang lebih teruk..Bila tengok gambar ni mendatangkan insaf dalam diri aku..sebab aku ada keje yang elok....Yang penting halal. Dari halal datanglah keberkatannya kepada keluarga kita hasil dari usaha kita


Insyaallah...

Friday, 7 September 2012

Kolam kanvas ikan talapia







Salam,


ini kolam kanvas ikan talapian milik kawan aku...Huh..menarik ni sebab macam senang jer manage.Sebab dia tinggalkan jerrrr..Tapi ikan boleh idup lagi..Cuma kekadang gantikan penapis jerrrr. Harga ikan talapia dalam Rm 9.00 sekilo.

Menarik ni..sebab aku tengah cari tapak apa nak buat bila dah pencen. Walaupun ada 25 tahun lagi nak pencen tapi sebagai persediaan sebab ilmu-ilmu macam ni kena cari awal..supaya nak buat projek kita dah sedia maklum rintangan yang akan datang...

Menarik sungguh






Tuesday, 4 September 2012

Rumah terbakar di Kg Melayu, Kluang



 
 
2 hari sebelum raya menjelang rumah jiran sederat mak aku terbakar. Kejadian berlaku dalam jam 5.30 petang..aku tengah tidur kat umah..Then bunyi siren, terus jenguk kat luar. Rerupanya rumah terbakar. Aduh..lagi 2 hari nak raya..Simpati...
 
 

Sunday, 2 September 2012

Kemalangan di Pagi raya 2012 di Tangkak





Dalam perjalanan nak pi sembahyang raya kat masjid tangkak. Ada kamera terus snap..

Air Hitam Pulau Pinang banjir





Salam,

Kisahnya sebelum cuti hari Raya 2012 ni laluan rumah aku banjir plak...Nasib baik aku tak redah sebab tak perasan air dah naik masa tu... Aku keluar jam 6.15 pagi...Phew..kalau tak jahanam kete kancil bini aku..


Semenjak tu sungai kecik belakang rumah aku dah korek...So sekarang laluan anak sungai dah besar dan insyaalah takdalah banjir..Tapi bila banjir ni aku terpaksa amik cuti kecemasan




Saturday, 1 September 2012

harga rumah naik mendadak..

Salam semua..








Sekarang ni semua isu pasal harga rumah..Memang naik mendadak terutamanya kawasan hotspot...bak kata ramai blogger, lokasi, lokasi,lokasi...

Aku ader sebuah rumah yang dibeli pada tahun 2005. Masa tu aku keje swasta..Beli sebab aku rasa dah tua..25 tahun dan aku rasa aku akan ending kat sini. Ulu Tiram JB.Yerlah keje kat JB..masa tu 790 sqft dengan rega 80k. Rumah sederhana murah 2 tingkat. Setelah bertungkus lumus simpan duit dan guna duit epf aku berjaya beli...Phew..masa tu bujang..beli dengan kebenaran SUK. Sekarang aku sewakan Rm 450.00 dengan bayaran bulanan 390.00. Dapat sikit positif cashflow.. Tak salah aku market value dalam 100k kot sebab kawasan tu jauh dari bandar..Salah target kot sebab aku ingatkan Jalan JB ke Kota Tinggi akan maju..nak jual kena kebenaran SUK gak kot sebab taraf rumah murah.

Sekarang ni ramai ngeluh pasal rega rumah naik tapi gaji ikut takuk lama..Memang sekarang semacam naik..naik takut aku tengok..kenapa jadi macam ni? sampai sekarang macam-macam isu timbul hasil dari kenaikan rumah naik..berbagai konspirasi..Aku perhatikan walaupun ramai ngeluh tetapi rega rumah naik..dan tempiasnya banyak tempat..semacam aku tengok..

Takpalah korang boleh tengok merata komen dalam alam maya berhubung dengan kenaikkan rega rumah..Boleh lah kaji..

Terima kasih