Friday, 31 August 2012

Sambung belajar HLP

Salam,

Akhirnya aku mendapat tawaran untuk sambung belajar dengan bergaji penuh..alhamdulilah..so apa yang aku rancangkan berjaya mengikut plan seperti mana yang aku rancang..Dengan keadaan kritikal aku kena keje jauh dari rumah, anak yang baru lahir dan masalah anak aku yang pertama suspect sakit aku dipermudahkan jalan kehidupan aku..

Dulu aku keje kena lanyak jerrr. Apa tidaknya sampaikan tiada cuti ( kekadang ) dalam memenuhi tuntutan tugas tanpa dibenarkan menuntut elaun kerja lebih masa dan cuti gantian. Aku redha dan yakin pengorbanan aku ini pasti ada timbal baliknya..Syukur aku mendapat balasan dengan dapat sambung belajar dengan gaji penuh..Ianya merupakan perkara yang sangat aku harapkan dalam mengatur hidup aku dengan lebih baik..


So selepas ni, aku hanya perlu menglangsaikan amanah yang telah diberikan untuk menghabiskan program sambung belajar aku..Walaupun aku didedahkan dengan berbagai perkara mengenai keburukan research program aku, InsyAllah aku akan berjaya dengan berkat doa keluarga, rakan taulan.

Alhamdulilah, aku bersyukur sangat..

Terima kasih


Friday, 10 August 2012

Kereta ni pecut 707 kmj ...




Aku jumpa dalam CG, mak aih lajunya kete ni....dekat highway Butterworth...Tapi ader ke kete ni kat Malaysia...or hanya ilusi jerrrr?

Tuesday, 7 August 2012

Pusat menjual tinted film kat Kluang





Ha...ni kedai sepupuku...Dia buat bizness ni selepas kerja dengan orang Cina setelah 12 tahun..Dengan gamblenya dia sewa kedai dan buat sendiri. Suka aku tengok sebab dia dah berdikari sebab aku tahu akademik dia tak tinggi sangat..tapi dia berani.

So sesape berminat nak pasang filem tinted pada kereta mahupun cermin rumah or bangunan boleh hubungi dia. Kedainya terletak dekat belakang Kluang Mall..

Saturday, 4 August 2012

Apartment Taman Tropika, kajang





ha...apartment ni terelatk di sungai tangkas, kajang. Belakang UKM...Adik ipar aku dulu amik tetapi tak teruskan sebab komitment lain..tengok dah nak siap..nak dekat 200k wooo..kenaikan harga rumah yang mendadak kat bangi walaupun terletak dekat sempadan bangi dan kajang.