Saturday, 26 October 2013

Iklan yang menjana duit....




This smartphone automatically Googles any photo you snap! How cool is that? http://curium-cr.com/share/my/3734/4696648

Dapatkan Samsung Galaxy Note 3 dengan DiGi 4G LTE. Hanya RM1,319!  http://bit.ly/1cj3Gpy

OMG, Kesha celup terlepas in KL!! http://bit.ly/1cj3M0v

Potong stim tak kalau tengok movie kat PC lepas tu kena keluar rumah? Ini untuk anda!  http://technetium-tc.com/share/my/3698/4606954

Redeem awesome 8Share merchandise!  http://bit.ly/1cj3VRt

Teknologi 'power' ni boleh buat korang mengidam cip kentang... http://bit.ly/19HpsPb
Dapatkan wang setiap kali anda berbelanja untuk keluarga!  http://bit.ly/1cj42fW

Be a popular hotspot with this little black thing http://bit.ly/1cj46Ms

At 1:22: If you've ever loved someone, listen to what this aunty has to say. http://curium-cr.com/share/my/3756/4696610

How young were you when you pretended to be like this? http://curium-cr.com/share/my/3758/4696602
Watch what happens to underaged kids when they dream of being behind the wheel. http://curium-cr.com/share/my/3760/4696594




[GAMBAR] 9 Benda Paling Pelik Yang Dijual Di Internet http://bit.ly/1cj4eMf

[VIDEO] Cara Nak Cipta iOS 7 Dengan Microsoft Word http://bit.ly/1cj61kl

Kenapa dalam usia 20-an kita tak tahu apa hala tuju hidup kita? http://bit.ly/1cj62Vp

Meet The Man Who Lives Without Money... http://bit.ly/1cj67s7

[GAMBAR] Meja korang macam Mark Zuckerberg punya tak? http://bit.ly/19HvEaa




Wow, #ChurpChurp has got a whole new look! See #TheNewChurp2 for yourself! http://my.sharings.cc/p/57CIs




Hit the Magnum Mini House of Pleasure in Publika to check out the new Magnum Mini range! #MagnumMiniMoments http://my.sharings.cc/p/57CGw




Monday, 7 October 2013

Sambung belajar gakkk

Alhamdulilah, akhirnya bini aku gak dapat cuti sambung belajar..


Syukur alhamdulilah sangat sebab ianya harap dapat merubahkan kehidupan aku lebih baik..Ini kerana kami dalam keadaan yang kritikal. Kritikal kerana anak-anak aku kecik lagi jadi perhatian amatlah diharapkan. Bila aku tamat belajar nama aku sudah tersenarai untuk bertugas lagi di Kedah. So dah tentu bini aku terkontang kanting kat Selangor ni menjaga 3 hero yang tengah meningkat naik. Dia dapat sambung belajar harapnya perhatian pada 3 orang ni dapat dapat diberikan dengan khusus lagi..Tempoh anak-anak ni sedang membesar sangat kritikal kerana ianya bakal mencorakkan masa depan mereka. Jadi aku taklah risau sangat jika kena bertugas jauh-jauh..

Syukur alhamdulilah lagi sekali lagi...


Azam



Monday, 30 September 2013

C.skinfix..Produk berasaskan ikan haruan untuk menyembuhkan luka-luka..







Salam,

Sementelah aku nak cuba berniaga dengan internet, aku tampilkan produk kesihatan ni pada semua..Testimonial pun ada...

Skinfix,


Cecair semburan berasaskan pati ikan haruan. Hasil usaha kajian penyelidikan pensyarah USM bagi mengubati luka-luka dari berbagai kesan. Contohnya kesan dari luka diabetis, berkhatan dan sebagainya. Seperti kita sedia maklum pati ikan haruan mampu menyembuhkan kesan-kesan luka dengan segera. Cuma ada dari kalangan kita tidak berselera untuk menjamah masakan ikan haruan. tempahlah sekarang sebagai simpanan mahupun hadiah. Ianya telah terbukti berkesan. PM saya ataupun hubungi saya 019-2154619 untuk harga. Cash on delivery bagi kawasan bangi, serdang dan sekitar. Pos pun boleh..Pengedar juga diperlukan..


Ha...sesiapa yang berminat boleh menghubungi aku seperti alamat yang tertera diatas...




Sunday, 29 September 2013

Adakah harga rumah dah statik...?



Salam sejahtera,

Sejak menjak ni aku sering buat pemantauan harga rumah sekitar rumah sewa aku. Ini oleh kerana aku ada satu lagi loan rumah yang masih belum sentuh, so aku senantiasa melihat di iklan-iklan jualan rumah sama ada dalam pembinaan dan rumah dah siap. Ramai yang mengadu rumah di Bangi terlalu mahal, jadi aku dah setting benchmark yang mana aku berbaloi untuk beli. Sebab kekadang ada juga rumah yang dijual dibawah harga semasa tetapi oleh kerana terlalu tinggi untuk kelayakan so aku lepaskan begitu sahaja.

Aku ada perasan ada rumah kedai dan rumah kediaman yang dah siap tetapi tidak berpenghuni. Hanya tertampal iklan untuk disewa atau jual dan ada yang dah menjangkau setahun. Tahan ke pembeli yang bercadang nak menjual kembali membayar installment setiap bulan kerana tiada pembeli. Salesman juga pegang rumah tersebut sehingga ada pembeli. Dan juga aku ada perasan rumah yang sewa bulanannya kurang dari jumlah pinjaman bulanan yang dibuat. Selama mana boleh bertahan sebab negatif  flownya. Kalau dah bayaran bulanan sebanyak Rm 2000+ tetapi hanya boleh disewa sebanyak Rm 1400.00..Mungkin pembeli ada taktik lain kot..

Mungkin kebanyakan pembeli sekarang sedang mengambil tindakan tunggu dan lihat sebab terlalu banyak khabar angin berkenaan dengan harga rumah yang akan merudum. Menunggu tahun 2016 dan 2017. Ramai yang menjangka ekonomi akan down berdasarkan cycle 10 tahun sekali akan merudum..Untuk correction dikatakan..

Tetapi pemaju juga mengambil tindakan selamat dengan membuat rumah sedikit- sedikit untuk 2 tingkat. Contohnya hanya 30 buah sahaja dibuat. Bijak mereka ini sebab meraka buat sedikit untuk mengaut keuntungan dengan setiap fasa terdapat kenaikan harga. Jika tidak terjual taklah rugi sangat sebab buat rumah tu pun tak banyak..

Tetapi rumah kos rendah memang aku tak jumpalah kat Bangi.. Jeling-jeling juga bila pusing-pusing kat Bangi tapi langsung takda iklan untuk apartment kos rendah.. Pemaju untung rendah kot..Area Bangi Lama aku tak pasti tapi projek Mah Sing dekat dengan susur keluar tol UKM pun aku tak mampu. Below 1000sqft pun dah lebih 250k.Pergh...


Jadi aku akan terus memantau, disamping meningkatkan modal sedikit-sedikit. Mana tahu jika terjumpa ada rumah yang aku mampu. So aku dah sedia dengan bullet yang ada..




Thursday, 26 September 2013

Tanah aku yang masih lagi kosong...



Aku pernah ceritakan pasal tanah aku kat sini . Sampai sekarang  masih tiada lagi projek.Inilah pelaburan aku yang masih lagi dalam keadaan " kosong ". Kesian bini aku yang teruk membayar pinjaman...Baru ni aku dah berhabis nak bersihkan kebun ni..Alhamdulilah jiran tanah aku pun dah bersihkan tanahnya... So aku tengah fikir apa projek aku nak buat..?


Nak tanam sawit, rasanya setakat 1 ekar agak memenatkan nak mengusahakan...Aku pernah cuba trial dan error dengan mengiklankan rumah sewa dan hasilnya cukup mengkagumkan kerana puluhan panggilan aku terima nak sewa..So jelas menunjukkan jika buat rumah untuk disewa memang ada demand..Tetapi tang modal tu agak memeritkan..

Nak jual tanah ni rasa sayang sebab tanah ni dah dekat dengan bandar Muar dan pembangunan semakin menghala ke sini. Lagipun ni jer harta untuk anak-anak aku. Manalah tahu nak buat rumah esok-esok ada jugak tapaknya...

Aku pernah menawarkan untuk projek joint venture buat fertigasi tetapi yang cadang nak buat mensenyapkan diri..gagal lagi.. So sekarang aku akan cuba untuk membuat pelaburan tanam pisang..Sebab demand agak tinggi tapi nak rugi pun tinggi..Tapi kalau tak cuba mana kita tahukan...? Dengan pelaburan kurang seribu ringgit aku rasa agak berbaloi nak mencuba..Yang nak jadi rugi jika ada kecurian dengan hasil pisang tu..Itu yang masalahnya..banyak juga aku dengar kes kecurian hasil pertanian oleh penagih dadah.

Kalau ada yang nak usahakan secara usahasama mungkin aku boleh pertimbangkan jika cadangannya berbaloi untuk diusahakan..

Nanti aku update apa langkah seterusnya...


Tuesday, 23 July 2013

Status belajar aku



Setelah bertungkus lumus menelaah dari bulan Februari sehinggalah Jun akhirnya aku dah sampai penamat bagi semester aku 1 pengajian aku di UPM..Keputusan pun dah keluar. Alhamdulilah sangat..aku bersyukur dengan keputusannya. Walaupun tak semegah mana paling kurang aku berjaya juga mengharungi. Aku berdiploma dalam kewangan, Ijazah dalam pentadbiran dan menyambung master dalam bidang kecemasan. lari bidang..Tapi aku cukup-cukup berterima kasih dengan pensyarah aku yang cukup memahami walaupun menyedari aku dari bidang berbeza tapi aku cuba habis baik menelaah dan menjawab peperiksaan.

Ini merupakan bidang utama aku sesuai dengan kerja hakiki aku. Sesuailah dengan jiwa aku yang lasak tetapi dalam hal ni, aku kena buka minda..Ilmu tiada sempadan. Dah sampai masanya aku diversion ke bidang lain..Tidak semestinya aku kena expert sesuatu bidang jerrr.

Walaupun aku dalam bidang kecemasan tetapi terus terang aku banyak kepada pengurusan. Iaitu pembuatan keputusan sesuai dengan tanggungjawab aku... Aku membawa nama jabatan aku ke sini dan aku kena tunjukkan yang orang yang dihantar oleh jabatan aku cukup sesuai dengan sebarang penugasan yang diberikan..Merepeklahh aku ni.


Ok untuk next semester, aku kena repair lah apa yang patut..At least pertahankan pointer aku. Mantain 3.5 above dah satu bonus bagi aku..Insyallah dengan usaha, semangat serta sokongan dan rahmat dari Allah S.W.T aku berharap dapat mengharunginya..

Syukur alhamdulilah..