Sunday, 7 July 2013

Screen handset crack repair di kedai telefon kat The Mines Shopping fair

  
Screen hand set aku yang jadik BLANK

Al kisahnya telefon aku menghadapi masalah dengan screen yang mana menjadi blank..tak kuar apa2...tah aper masalah entahlah..Jadi pada 7 Julai 2013 dengan semangatnya aku bawak ke salah sebuah kedai telefon dekat shopping centre The Mines, Seri kembangan.

Salesman situ cakap dia hebat sebab semua penjual handset kat situ hantar kat dia ganti screen...yerlah kot sebab atas meja dia penuh dengan handset jenis aku..so dia mintak Rm 180.00 untuk gantikan screen. Dengan 1 minggu jaminan ( warranty ).

Masa tu pun dah jam 4 petang, so aku setuju dengan semua kerja-kerja dia buat depan aku...aku mula rasa tak sedap hati sebab dia komplen banyak kat handset tu..recondlahhh, button ni takdalah, plastik nilahhh, cover dust potong sendirilahhh dan akhir sekali dia kata ini handset tak bagus..Then off button dia kata dah rosak dan dia mintak Rm 120.00 untuk gantikan..aku tolak...mintak dia pasang balik jerrrr.


Setelah cuba dan puashati aku pun bayar dan diberikan handset balik..Tuptuptup...kenapa handset aku aku ni searching line jerrrrr..Aku pun patah balik dan tanyakan...dia tah aper dia tekan jadik ok balik...


Then aku pun jalan-jalan dalam The Mines Shopping Fair tu,,,ramai ler orang sebab hari Ahad....







Inilah rupa screen handset aku yang crack..Pakai tak sampai 2 jam dah crack..dia offer aku bayar lagi seratus untuk pasang baru...Woiiii..Ko dah pasang dengan harga Rm180.00 dan crack lepas tu aku nak kena bayar lagi seratus untuk pasang yang baru. barang dari stok yang sama..lepas tu crack lagi..dan bayar..dan bayar...dan bayar,..wow kaya cara alaf baru..


So moralnya...berjaga-jagalah bila membuat urusan pembelian mahupun pembaikan handset di kedai ni...Kalau nak tau lanjut kedai mana boleh e-mail aku sebab aku tau kita tak boleh simply dedahkan kedai mana..biasalah diaorang ni...tapi memang aku seriklah dak buat urusan kat sini..serius..


akuazamjoe@gmail.com

Wednesday, 29 May 2013

Kepenatan belajar

Salam semua...

Wah penat aku belajar...Menjak aku amik course master ni memang penat sangat... dengan keletah anak, financial management, umah aku, memang tampak letih..ni nak dekat final, assignment lagi banyak yang mendatang so memang meletihkan...

Kotak-kotak barang menjak aku pindah pun tak berkemas lagi..tah kenapa rasa masa tak cukup..Kalahkan masa aku keje plak walhal aku dapat cuti belajar. tapi ini merupakan cabaran pada aku sebagai pelajar yang berkeluarga.

Hidup mesti diteruskan



Monday, 27 May 2013

Cuti-cuti ke Cameron Highland












Baru-baru ni pada 19 dan 20 May aku lawatan ke Cameron Highland...Itu pun sebab ada keje kat sana yang mana berhubung dengan kerja kursus aku.. Yerlah pasal landslide...Cameron Highlands ni banyak slide so lecturer aku wat lawatan untuk terangkan kepada pelajar-pelajarnya..


Sempatlah aku melawat ladang-ladang stawberi, sayur dan bagai lagi kat sana..Dulu aku pernah pegi sana dalam 3-4 tahun lepas. Rasanya semakin panas kat sana..Mungkin banyak sangat aktiviti penerokaan tanah, dah kurang hutan tu yang panas sangat. Tapi berdasarkan maklumat yang aku dapat keluaran pertanian sana mencecah Rm 1 billion setahun ..Wow..1 ekar tanah pun dah nilai 400k..Fooh.. Dengarnya orang asing yang keje kat sana kalau gaji kurang Rm1000 tak nak keje . Sampai satu peringkat mereka boleh sewa tanah kat pemilik tanah untuk buat tanaman.

Aku pun tak lama..Hanya 1 malam sahaja. Itu pun sebab kerja kursus...mungkin lepas ni pergi tempat lain pula..





Tuesday, 30 April 2013

21 Rahsia Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Online

1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu ‘networking’. Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan ada interaksi.

2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan penting. Jika tidak, kita akan ‘tenggelam’.

3. Di laman web sosial, orang lebih suka melihat apakah yang kita lakukan dari semasa ke semasa. Jadi gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.

4. Sertai Group yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.

5. Berikan maklumat yang bernilai. Diri kita akan menjadi bernilai di mata ahli FB jika maklumat atau informasi yang kita berikan bernilai untuk mereka. Di FB, lebihkan ‘sharing’ berbanding promosi semata-mata.

6. Salah satu cara lain untuk menambah Friend adalah dengan menyemak emel-emel pelanggan kita di FB. Jika ada, Add mereka dan beritahu mengenai anda.

7. Selepas Add seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan.

8. Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui internet kerana alasan sukar mempercayai. Begitu juga untuk percaya kepada mana-mana individu atau pihak yang melakukan promosi di internet. Begitu juga di FB.

Oleh itu, kurangkan rasa takut ahli-ahli FB dengan konsisten muncul di FB seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan kepercayaan pada diri mereka bahawa kita adalah usahawan atau perniagaan yang boleh dipercayai. Cara lain, letak testimonial daripada pelanggan sedia ada.

9. Semakin kita ‘rapat’ dengan ahli-ahli FB, maka kita akan semakin mendapat perhatian.

10. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi Video Recorder di FB.

11. Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya, tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja. Elakkan tag secara melulu kerana ia boleh membuatkan mereka marah dan menganggu ruang FB mereka. 12. Hari Lahir: Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli FB adalah dengan mengucapkan ucapan-ucapan yang baik-baik kepada mereka bersempena ulangtahun kelahiran mereka. Status hari lahir ada di bahagian HOME FB.

13. Wujudkan Group atau Fan Page sendiri yang mana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile account).

14. Event: Dalam diam, sudah banyak pihak perniagaan atau individu yang berjaya mendapat peserta untuk program anjuran mereka HANYA melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Event.

15. Jika sesuai, boleh integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga blog (RSS).

16. Chat: Tanpa perlu menggunakan aplikasi lain di luar FB, kita boleh menggunakan fungsi Chat untuk berbincang sesuatu perkara bersama pelanggan. Namun pastikan cara ini tidak membuatkan masa kita habis begitu sahaja tanpa kawalan.

17. Pelbagaikan bentuk penulisan di FB. Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik, persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan pelbagai lagi bentuk.

18. Saya dapati, jika kita menjadikan (memperlakukan) rakan-rakan (Friends) di FB sebagai pelanggan di dalam komunikasi iaitu ‘kita di atas dan mereka di bawah’, ia kurang berkesan di dalam menarik minat mereka. Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (sama aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka laras bahasa juga perlulah sesuai tanpa menggunakan ayat-ayat yang terlalu menjual. Orang tidak suka mereka terjual. Kurangkan ego mereka.

19. Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh orang-orang muda sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama. Begitu juga bahasa pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam bisnes adalah, mereka akan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik mungkin.

20. Elakkan melepas geram atau menulis sesuatu yang negatif, atau melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan (terutama yang berjaya) biasanya akan dilihat sebagai hebat dan positif. Jika kita (usahawan) menulis sesuatu yang menunjukkan kita lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan cepat melenting, maka nilai kita pada pandangan orang akan mula terhakis.

21. Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di FB, gunakan sahaja fungsi Link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog, lagi-lagi jika kita mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak artikel.

Thursday, 28 February 2013

Cuti belajar dan pindah rumah



      Aku dah mula cuti belajar sekarang ni...memang releks sesangat. Almaklumlah banyak masa free..Macam belajar dulu-dulu..Memang releks sikit tetapi assignment banyak menanti..,. Takper slow-slow aku buat..Cuma pergerakan aku terbatas sebab anak aku tak dapat lagi nursery yang sesuai untuk diaorang masuk.Sebabnya aku baru jer amik anak aku dari kampung. Sebelum ni datuknya yang jaga..

   So kira aku belum menikmati lagi penant lelah belajar lagi sebab kelas pun baru lagi..Kalau tak sentiasa ke library cari info, jumpa pensyarah, photostat nota dan sebagainya. So macam student... Aku sedang cuba nak carikan anak aku nursery yang sesuai dengan dia sebab dia ni special case.

  Dan juga aku akan laksanakan berberapa perancangan aku semasa cuti belajar ni..nak harapkan tempat aku keje untuk kejayaan rasanya aku dah penat dengan politik dalaman.. Jadi aku rasa nak cuba bidang lain pula..At least income aku setaraf dengan kenaikan pangkat yang aku tak dapat kat tempat aku berkerja...So inilah side income.. sekarang adalah juga sikit tetapi tidak berapa memuaskan..Kena touch up lagi sebab sebelum ni aku keje..Tak boleh nak numpukan perhatian sangat. So sekarang ni kira mungkin boleh jalan kot.Lagipun modal dah ada cuma planning jer aku tengah fikirkan....

  Aku pun baru jer pindah rumah..Berserabut lagi. Dengan barang-barang yang masih lagi dalam kotak. Penat pindah wooo. makan minggu rehat nak cover..Mungkin sebab tu ramai yang tak nak pindah. teringat kawan aku yang dah kena pindah lebih 5 kali sedangkan aku baru sekali pun dah rasa perit...Yang merisaukan ialah anak-anak aku sebab nak sesuaikan dengan tempat baru...Itu belum lagi kalau diaorang dah sekolah...




Sunday, 10 February 2013

kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang

Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang:
  • Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan.
  • Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum.
  • Asyik memikirkan mengenai wang sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
  • Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan.
  • Sering kali terlibat dalam pelaburan tetapi terlalu cetek ilmu yang ada mengenai produk yang dipilih.
  • Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan.
  • Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan hari tua dan terlalu mengharapkan simpanan KWSP ataupun pencen tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu bersara kelak.